Saturday, July 30, 2016

INI TEGURAN MARHAEN : Rumah Terbuka parti, tapi promosi individu.


Hari ini aku berkesempatan mengunjungi satu Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian dot dot dot.


Alhamdulillah, suasana kelihatan meriah walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.

Namun apa yang membuatkan aku sedikit kecewa ialah mengenai penganjuran program cabutan bertuah yang dijalankan.

Para pengunjung perlu mengisi borang dan LIKE page Facebook untuk mengetahui keputusan cabutan tersebut.

Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan, seperti motosikal, televisyen dan perkakas elektrik.

Cuma.... Aku fikirkan page UMNO Bahagian terbabit atau page parti. Tetapi sebaliknya, page Ahli Parlimen di kawasan itu.

Mungkin tidak salah. Tetapi aku rasa macam tak kena saja. Kenapa tidak mempromosikan parti sendiri?

Barangkali perkara yang dianggap remeh seperti ini boleh ditambahbaik dimasa akan datang. Kalau dah namanya program 'Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian dot dot dot' maka perlulah mempromosikan UMNO Bahagian itu sendiri!

Kalau nak promosikan diri sendiri, lebih baik buat 'Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen dot dot dot'.

Aku yakin, hasrat untuk menambah 'meraih' LIKE di media sosial Ahli Parlimen ini tidak berjaya. Ini tindakan memaksa atau diktator! Menambat hati rakyat dengan cara diktator bukan cara yang sesuai pada era sekarang.

*Gambar di atas sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment