AdSense

Saturday, July 30, 2016

FBI tak beri laporan yang kata juruterbang MH370 bunuh diri


Malaysia tidak menerima maklumat atau laporan yang dikeluarkan oleh pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mendakwa juruterbang pesawat MH370 membunuh diri.


Sedia maklum, berlegar di laman internet ketika ini mengatakan juruterbang pesawat MH370 merancang misi pembunuhan atau mahu membunuh diri sebelum pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 lalu.

Memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak Malaysia tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang merujuk kepada dakwaan tersebut.



 "Seperti yang anda semua maklum, semua bukti yang dikumpulkan oleh FBI tidak diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia. Kami tidak mempunyai semua bukti."

Kontroversi mula timbul baru-baru ini apabila wujud 'kebocoran data' yang dikatakan dikeluarkan oleh FBI. Ia mengatakan hasil siasatan mendapati juruterbang Kapten Azhari mungkin sedang dalam percubaan membunuh diri semasa mengendalikan MH370.

Ternyata ini merupakan berita atau spekulasi yang sengaja direka-reka kerana ahli keluarga Kapten Azhari sendiri mengatakan bahawa Kapten Azhari mempunyai kehidupan yang baik dan tidak menunjukkan sebarang kecenderungan untuk membunuh diri.

No comments:

Post a Comment