AdSense

Wednesday, July 27, 2016

Pilihanraya : @cmlimguaneng tonjol kuasa diktator?


Angkuhnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila menggunakan kuasa diktatornya untuk meneruskan agenda peribadinya - pilihanraya?


PKR masih belum bersetuju sehingga Pengerusi DAP Selangor Tony Pua terpaksa memberi 'hint' keras di Facebook. Menempelak 'rakan' apabila berada dalam krisis katanya. Sebab rakannya enggan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Biarlah mereka bergaduh sesama sendiri. Mereka sememangnya sedari dulu tidak pernah sepakat.

Ini pasal Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung yang masih belum disahkan ROS, kenapa begitu mahukan pilihanraya negeri? Tidak sabar-sabar nampaknya.


Berdasarkan respon Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Guan Eng tidak sepatutnya mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Dalam masa sama Guan Eng perlu mengemukakan alasan kukuh untuk mengadakan pilihanraya tersebut.

"Bukan bersandarkan kepada masalah peribadi kamu." kata Wee Ka Siong.

Semua sudah tahu, Guan Eng ketika ini sedang bergelut dengan masalah diri sendiri sehingga terpaksa mengheret rakyat. Ramai juga menyedari ísi hati' sebenar kenapa Guan Eng beriya-iya mahukan pilihanraya ini. Sudah pasti mahu melahirkan 'budak suruhan' atau boneka bagi menghidupkan karier politiknya.


Beliau kini sedang diselebungi Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).

Apakah rakyat hanya mahu membiarkan sahaja Guan Eng menggunakan kuasa diktatornya sesuka hati? 


No comments:

Post a Comment