AdSense

Thursday, July 14, 2016

Siapa tak faham Rukun Negara boleh berambus dari Malaysia!


LIMA PRINSIP ASAS PERPADUAN

Semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia sudah melalui pelbagai cabaran meliputi isu-isu hubungan antara etnik dan agama, cabaran-cabaran ekonomi, krisis-krisis kepimpinan dan politik dan sebagainya.

Tiada satu pun di antara cabaran-cabaran tersebut yang tidak berjaya diatasi oleh Malaysia dan ia kekal menjadi lipatan sejarah dan nostalgia kepada generasi yang telah melaluinya.

Antara cabaran-cabaran yang telah, sedang dan akan terus dihadapi oleh Malaysia adalah berkaitan dengan isu-isu hubungan etnik dan agama, perpaduan dan polarisasi kaum serta ekstremisme puak-puak pelampau.

Sebagai contoh, tragedi berdarah 13 Mei 1969 sangat berkait rapat dengan cabaran-cabaran sosial sebagaimana tertera di atas. Tragedi tersebut akhirnya melahirkan prinsip Rukun Negara dan penggubalan Dasar Ekonomi Baru.

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 wajar dianggap sebagai “kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum” sekiranya setiap lapisan golongan masyarakat dapat memahami serta menghayati setiap satu prinsip yang tersurat dan tersirat di dalamnya.

Bagaimana anda sebagai rakyat Malaysia mampu memahami dan menghayati kelima-lima prinsip di Rukun Negara agar toleransi dan perpaduan antara kaum semakin mantap dan krisis sosial seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi?

Sumber : Friends of Kedaulatan

 

No comments:

Post a Comment