AdSense

Thursday, July 14, 2016

MCA kutuk ideologi ekstremis, DAPig pula tiup api perpecahan


Isu keselamatan negara menjadi isu hangat pada ketika ini selepas insiden letupan bom di sebuah kelab hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu.

Pastinya ia mengundang kebimbangan awam apabila kejadian tersebut didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS.


Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, kejadian berunsur keganasan dan ekstremis seumpama itu adalah perbuatan yang patut dikutuk keras.

MCA dalam pada itu berharap agar pasukan keselamatan negara terutamanya polis dapat terus memelihara keamanan termasuk membanteras sarang-sarang pembiakan militan tersebut di negara ini.


“Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Tindakan ekstremis hanya akan mendatangkan huru-hara dan malapetaka kepada masyarakat dan mencederakan orang yang tidak bersalah.”

Inilah reaksi pemimpin politik yang positif apabila bersama-sama berdiri dalam barisan hadapan bagi mempertahankan keamanan negara.

Jauh berbeza dengan pemimpin pembangkang yang asyik memperlekeh usaha-usaha kerajaan. Kalau dulu ada pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai konspirasi kini, saat umat Islam meraikan kedatangan Syawal, ada dikalangan mereka yang cuba menghidupkan api perkauman dalam masyarakat majmuk.


Oleh yang demikian, adalah wajar rakyat Malaysia membuka mata dan minda dengan luas. Pada masa negara berdepan dengan 'kehadiran' militan, timbul pula agenda provokasi yang dimainkan pemimpin pembangkang. Bukannya mahu berganding bahu bersama mempertahankan keamanan dan keharmonian negara sepertimana yang dilakukan parti-parti dalam kerajaan persekutuan.

Ingatlah, Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Kita berdepan dengan cabaran dan musuh baharu yang lebih berbahaya. Kini masa rakyat Malaysia bersatu padu. BUKANNYA BERPECAH-BELAH!

No comments:

Post a Comment