AdSense

Monday, July 11, 2016

SIAP SEDIA. Ini respons SPAD berhubung insiden rempuhan bas di Terowong Menora


Kejadian sebuah bas ekspres yang merempuh 10 buah kenderaan lain di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam mendapat reaksi pelbagai dikalangan masyarakat.


Kebanyakannya mengecam pemandu bas berkenaan yang disifatkan cuai. Namun, bagi penumpang yang melalui detik cemas insiden itu mengakui bahawa pemandu bas tersebut sudah berusaha sebaik mungkin mengelakkan kemalangan jalanraya yang lebih teruk.

Selain itu ada juga respon segelintir pihak yang mencadangkan agar pengangkutan awam yang berat seperti bas tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya utama pada musim perayaan. Sebaliknya, mereka perlu menggunakan jalan alternatif lain.

Tetapi, penulis merasakan cadangan itu tidak memberi kesan penuh dalam usaha mengelakkan kemalangan jalanraya. Pengguna pengangkutan awam terutamanya bas pasti bersetuju dengan penulis.

Iyalah, mereka yang menggunakan pengangkutan awam pastinya mahukan perjalanan yang selesa. Jika menggunakan jalan alternatif, sudah pasti ia mengambil masa yang lebih panjang termasuk melalui jalan yang berbengkang-bengkok.

Berhubung insiden bas ekspres yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang - Kuala Lumpur tersebut, pihak berkuasa mendapati pemandu terlibat memiliki sembilan saman tertunggak termasuk memandu melebihi hadlaju. Sementara bas sama memiliki tiga saman yang masih belum dijelaskan.

Justeru itu penggunaan undang-undang bagi mendidik pemandu dan pengusaha bas merupakan langkah yang lebih berkesan dipraktikkan.


Sebab itu tindakan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang secara tegas enggan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres terlibat merupakan satu tindakan tepat.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan.

Untuk makluman pembaca, siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu.

Nampaknya keadilan pasti akan menyebelahi 10 kenderaan lain yang terpaksa menjadi 'brek' kepada bas berkenaan. Apa yang lebih penting, keselamatan orang awam dan penumpang adalah suatu perkara yang dititik beratkan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah juga memberitahu bahawa tindakan tegas bakal dikenakan kepada pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan sepertimana yang ditetapkan.


"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan. Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," ujar Mohd Azharuddin.

Ada satu persoalan yang berlegar-legar di kepala penulis pada saat artikel ini ditulis.

Bagaimana syarikat tersebut tidak menyedari tentang 'cara pemanduan' pekerja (pemandu) mereka? 

Sembilan saman termasuk berkaitan hadlaju adalah satu kesalahan yang sangat serius! Tidak sedar atau buat-buat pejam mata?

No comments:

Post a Comment