AdSense

Tuesday, July 12, 2016

DEMO DEPAN HQ DAP : "YOU JANGAN TAKUT... KALAU MAHU BODYGUARD BAGITAHU SAYA"


Amboi bukan main angkuh lagi kata-kata seorang nyonya yang dipercayai bekerja di ibupejabat DAP kepada unit medianya. Menurut seorang sahabat, nyonya itu berkata demikian sebelum kehadiran peserta dalam perhimpunan aman siang tadi. Selepas bercakap dengan nada bongkak, beliau kemudiannya naik ke atas pejabatnya. Menyorok dalam bilik berhawa dingin barangkali. Siapa yang takut sebenarnya?


Sudah tahu ada orang hendak serah memorandum, kenapa tidak tunggu saja di lobi 'kubu' mereka yang dikelilingi rumah urut Thailand itu? Punyalah lama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO (PPUM) Wilayah Persekutuan terpaksa menunggu wakil DAP walhal hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan!

Apa yang berlaku siang tadi, pihak polislah yang menyusun barisan mempertahankan keselamatan semua pihak daripada perkara yang tidak diingini.


Walaupun kumpulan Pemuda UMNO dan NGO Islam Melayu tidak berniat langsung untuk mencetuskan pergaduhan dalam protes bantahan siang tadi namun kelihatan juga beberapa 'tonto' ala mafia yang memerhati dari jauh sambil mencekak pinggang.

Nyonya, unit media dan tonto DAP mungkin tidak perlu berasa takut dengan kehadiran baju merah dan hitam yang terpacak dihadapan bangunan mereka. Tetapi David Nga Kor Ming lah yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.


Protes baju merah dan hitam di hadapan bangunan DAP siang tadi memberi mesej jelas bahawa pemimpin DAP tidak sesekali boleh menghina agama kaum lain sesuka hati mereka.

Pihak polis dan Peguam Negara sekali lagi didesak supaya memainkan peranan dengan mengaktifkan Akta Hasutan supaya David Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak ini diheret mengikut undang-undang negara.

Duit neraka.
Suara Lensa sangat bersetuju dengan kenyataan Ketua PPUM Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang mahukan sistem perundangan digunakan sebaik mungkin. BUKAN UNTUK DISIMPAN SAJA!

Apa jua isu membabitkan perkauman dan keagamaan bukanlah sesuatu yang boleh diperolok-olokkan sesuka hati. Ianya merupakan isu sensitif yang berupaya membawa ketegangan yang lebih buruk. Dalami saja kata-kata orang tua, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

#AntiRasis


No comments:

Post a Comment