AdSense

Wednesday, July 13, 2016

Langgar undang-undang jalanraya berdepan tindakan tegas - Liow Tiong Lai


Agak memeranjatkan apabila mengetahui bas yang terlibat dalam rempuhan 10 kenderaan lain selepas Terowong Menora pada Ahad lalu MEMILIKI 63 SAMAN TERTUNGGAK!

Lebih daripada 40 SAMAN ADALAH BERKAITAN DENGAN HAD LAJU!


Bagaimana syarikat bas ini masih boleh beroperasi secara bermaharajalela? Bahkan pemandu yang memandu bas tersebut juga MEMILIKI 9 SAMAN YANG MASIH BELUM DIJELASKAN!

Ini merupakan satu perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan.


Sebab itu pihak di Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan yang paling tegas terhadap syarikat bas yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas dalam negara, termasuk kepada pemandu mereka yang mempunyai rekod buruk dan memiliki saman tertunggak.

Walhal perkara seperti ini mungkin dapat dielakkan jika syarikat atau pengusaha bas berasa prihatin terhadap organisasi mereka sendiri. Melainkan mereka sengaja menutup mata sekalipun menyedari bahawa pemandu mereka adalah dikalangan pemandu yang tidak bertanggungjawab.


"Kementerian juga tidak teragak-agak menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atau mempunyai jumlah mata demerit sebagai 'hukuman lebih keras terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang."

Demikian tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya baru-baru ini.

Lantaran itu Liow mengharapkan agar kadar peratusan jumlah kemalangan jalan raya ini dapat dikurangkan apabila Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dikuatkuasakan tidak lama lagi.

"Kami terpaksa melaksanakan Awas dan Kejara. Penguatkuasaan akan dilakukan dengan menggunakan kamera. Jadi, tidak timbul isu penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan kerana kami menggunakan teknologi untuk mengenal pasti siapa yang melakukan kesalahan," katanya lagi.

Apa lagi cara untuk mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika di jalan raya? Apakah cukup dengan memberi komen membantah setiap apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan?

No comments:

Post a Comment