AdSense

Monday, July 11, 2016

Nga Kor Ming mahu pulang ke Vietnam, Thailand atau Kemboja?


Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang marah atau tidak suka pada kenyataan bekas Presiden MIC, Tun V.T Sambanthan suatu ketika dahulu.

Sememangnya sejarah tidak boleh dipadam dengan begitu mudah.


"Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

"Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata ;

"Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

Demikian antara ungkapan yang dipetik daripada mulut bekas pemimpin nombor satu kaum India, Tun Sambanthan.

Kini kita sudah melangkah pertengahan tahun 2016 namun, masih wujud lagi manusia yang berstatus 'rakyat Malaysia' cuba bermain api. Paling menyedihkan, ia berlaku pada saat musim perayaan.

Nga Kor Ming, seorang Ahli Parlimen Taiping bertindak biadap apabila cuba mempolitikkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 5 Julai lalu.

Pada hari tersebut iaitu sehari sebelum tibanya Syawal, Nga memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Pelbagai pihak mengecam tindakan biadap Nga termasuk Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan. Antara reaksi pemimpin masyarakat berpendapat, Nga sengaja

mencetuskan kontroversi bagi tujuan mengalih tumpuan rakyat terhadap isu rasuah banglo membabitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sementara pada 9 Julai, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan Nga tidak sewajarnya membuat kenyataan sedemikian.

"Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk," tegas Khalid.

Biarpun ramai pihak membuat laporan malah pihak polis juga sedang membuka siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan ke atas Nga, timbul beberapa persoalan dikalangan masyarakat. Apakah ini budaya 'normal' bagi seorang pemimpin?

Nga bukan lagi anak kecil dan pastinya beliau mampu berfikir secara waras. Adalah lebih baik Nga yang juga Pengerusi DAP Perak menyelak kembali kenyataan Tun Sambanthan.

Apakah ini balasan yang diterima terhadap kebaikan pemimpin Melayu pada awal kemerdekaan suatu ketika dahulu?

"Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

Jika Tun Sambanthan cenderung bercakap soal kewarganegaraan, tidaklah salah sekiranya Nga mendalami maksud hormat-menghormati sesama masyarakat majmuk.

Persoalan lain turut bermain dalam pemikiran masyarakat, apakah Nga benar-benar rakyat Malaysia sepenuhnya atau jasadnya sahaja di sini. Jiwanya ingin atau sedang pulang ke Vietnam, Thailand dan Kemboja?

No comments:

Post a Comment