AdSense

Wednesday, June 29, 2016

KINI DIBUKA! - Sambungan laluan KJ dan Ampang akan dirasmi esok @SPADchannel


Syukur Alhamdulillah...

Tiada lagi ungkapan yang dapat diluahkan setelah menerima berita baik ini.


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa syarikat Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd telah menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi memulakan operasi sepanjang laluan Kelana Jaya dan Ampang yang telah siap di bawah Projek Sambungan Laluan (LEP).


Untuk makluman pembaca, LEP ini akan dilancarkan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari esok, 30 Jun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah memberitahu, pihaknya sebelum ini telahpun menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak Prasarana pada 16 Jun yang lalu. Ia termasuklah Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh arkitek yang menyelia projek tersebut.


"Ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat yang dikenakan ketika mengemukakan permohonan untuk membuka laluan baru.

"SPAD telah menyemak dan meluluskan permohonan tersebut setelah berpuas hati bahawa Prasarana telah mematuhi kesemua keperluan sepertimana yang terkandung di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, SPAD turut menjelaskan bahawa penyerahan CCC oleh Prasarana kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah untuk mendapatkan sokongan dan ini telah disempurnakan dengan sewajarnya.


Selain daripada itu, penulis difahamkan yang mana Prasarana telahpun memberi jaminan kepada SPAD bahawa langkah-langkah akan diambil untuk menangani permasalahan berkaitan tempat parkir kereta di Stesen 4 (Subang Jaya) dan Stesen 7 (USJ 7) bagi laluan LEP Kelana Jaya pada kadar yang segera dengan kerjasama pemaju dan pemilik tanah di kawasan berkenaan.

Ia sekaligus dapat mempermudahkan kesaling hubungan penumpang kelak.

LEP KJ dan Ampang ini merupakan satu kawasan baharu yang padat dengan penduduk merangkumi Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong.

Memiliki sebanyak 25 stesen laluan ini seterusnya dijangka mencatat pertambahan penumpang sehingga 300,000 orang setiap hari.

Jika dipecahkan, 170,000 penumpang bagi laluan Kelana Jaya manakala selebihnya iaitu 130,000 penumpang bagi laluan Ampang.


Pada masa ini, laluan lama yang melibatkan perkhidmatan monorel mencatatkan jumlah penumpang seramai 600,000 setiap hari.

Sekali lagi dipanjatkan rasa bersyukur apabila dengan pembukaan LEP ini berupaya memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di sekitar Lembah Klang.

Nah! dengan pembukaan LEP ini esok, penduduk-penduduk di Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil bolehlah berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT!


Ianya satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

#Syukur #ProjekKerajaan #UntukRakyat

No comments:

Post a Comment