AdSense

Saturday, July 23, 2016

10,000km persegi terakhir pencarian MH370


Mesyuarat membabitkan tiga menteri pengangkutan iaitu daripada Malaysia, China dan Australia terpaksa membuat keputusan sukar iaitu memberhentikan operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang.


Sehingga kini, kawasan pencarian hanya berbaki kira-kira 10,000km persegi sahaja lagi sebelum ia dihentikan apabila melengkapi zon keselurahan pencarian iaitu 120,000 km persegi.

Namun yang demikian, misi pencarian akan terbuka secara automatik sekiranya terdapat bukti-bukti penemuan baharu walaupun kebarangkaliannya agak tipis.


Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan memberitahu istilah yang digunapakai setakat ini ialah 'penggantungan operasi'.

Sedia maklum, operasi pencarian MH370 sudahpun meliputi kawasan-kawasan luas di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing ini membawa 239 penumpang dan anak kapal sebelum dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

#DoaUntukMH370
#PrayForMH370

No comments:

Post a Comment