AdSense

Saturday, June 25, 2016

Tempoh bertenang - Teksi, Uber, Grab


Artikel penulis sebelum ini bertajuk, Kenapa teksi takut pada pesaing Uber? (BACA SAMPAI HABIS)

Semua pihak sewajarnya tidak mudah melenting dalam berdepan apa jua isu. Keep calm and be cool kata orang putih.


Untuk makluman pembaca, pada bulan Disember 2015 pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun menjalankan makmal teksi bagi tujuan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan berbangkit di dalam industri teksi.

Ya, ia bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi mahu mendapatkan keputusan yang memuaskan hati pelbagai pihak.

Oleh yang demikian, dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.

Ia sekaligus menjadikan kita semakin hampir ke arah transformasi industri teksi dalam negara.

Sebelum ini SPAD memberitahu bahawa pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.

Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab.

Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat. Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah turut menegaskan bahawa cadangan tersebut juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak.

Selain itu SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

“Suruhanjaya berkeyakinan bahawa langkah untuk meliberalisasikan model teksi adalah diperlukan bagi mewujudkan landskap industri yang kompetitif yang dapat memacu industri ini.

"Jelas sekali pembaharuan dan perubahan itu akan memberikan kesan yang besar terhadap industri teksi negara. Sebaik sahaja menerima kelulusan Kabinet, kami akan membuat perincian untuk memastikan bahawa penyelesaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengambil kira kerumitan yang bakal dialami ketika proses peralihan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pembaca terutama sekali pihak yang berkaitan juga perlu tahu bahawa pada bulan Mei 2016 lalu, SPAD telah membentangkan cadangan penyelesaian di bawah Program Transformasi Industri Teksi kepada Majlis Ekonomi dan telah menerima maklum balas yang positif.

Lantas itu, Suruhanjaya akan mengumumkan butiran lengkap program tersebut di dalam masa terdekat, susulan kelulusan Kabinet yang dijangkakan pada bulan Julai 2016. Sementara menunggu keputusan tersebut, SPAD memohon kesabaran dari semua pihak bagi mengelakkan cetusan kontroversi dan kekeliruan.

No comments:

Post a Comment