AdSense

Monday, June 27, 2016

Masih timbul spekulasi projek LRT Penang?


Merujuk kepada rencana di Bernama yang bertajuk ‘Penang Government Hoping to Secure SPAD Approval for LRT Project By July’ oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Trafik dan Mitigasi Banjir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada 14 Jun lalu.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya ada menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima cadangan skim rel dan kajian kebolehlaksanaan bagi projek tersebut.

Pihak konsortium projek juga telah memohon untuk mengadakan mesyuarat bersama SPAD dan pihak Suruhanjaya sudah mengambil maklum perkara-perkara yang telah dibentangkan pada 10 Jun 2016.

Pada ketika ini, penulis difahamkan pihak SPAD sedang menyemak deraf skim dan kajian yang telah dikemukakan bagi menilai cadangan projek ini.

Sekiranya perlu, pihak Suruhanjaya akan menghubungi pihak Kerajaan Negeri untuk maklumat tambahan, sebelum keputusan yang muktamad boleh dicapai.

Justeru itu, memandangkan proses penilaian masih sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk membuat sebarang spekulasi berkaitan pemberian kelulusan bagi projek tersebut.

No comments:

Post a Comment