AdSense

Monday, June 27, 2016

MCA tak campur urusan UMNO


Inilah rahsia parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) apabila masing-masing tidak mencampuri urusan-urusan tertentu. Sebab itu jarang sekali kita dengar pergaduhan membabitkan pemimpin di kalangan BN.


Lihat saja parti pembangkang yang bermula dengan nama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Ada saja pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka.

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika mengulas tentang isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


"Pemecatan ini merupakan isu dalaman UMNO dan kami di dalam MCA tidak akan campur tangan dengan keputusan yang dilakukan oleh ahli parti."

Muhyiddin dan Mukhriz di pecat daripada UMNO kerana tindakan disiplin. Sebenarnya ramai yang menarik nafas lega apabila kedua-dua M ini ditendang keluar daripada UMNO.

Parti sememangnya tidak memerlukan pemimpin yang berkelakuan seperti pembangkang. Tidak memiliki semangat setia kawan tatkala berdepan kesukaran.

#BNLebihBaik

No comments:

Post a Comment