AdSense

Saturday, June 25, 2016

#Ramadan2016 bersama McDonald's


McDonald’s menghayati makna sebenar Ramadan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan. Pelbagai aktiviti dekati masyarakat dianjurkan sepanjang Ramadan termasuklah sesi Moreh.


McDonald’s Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti agar masyarakat dapat sama-sama menghayati bulan Ramadan ini. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, McDonald’s Malaysia menaja burger McChicken dan apple pie untuk sesi moreh, seminggu sekali di 91 buah masjid seluruh negara. Malah, kali ini McDonald’s juga menaja juadah moreh di masjid-masjid di 15 universiti awam di seluruh negara.


“Sepanjang 34 tahun bertapak di Malaysia, kami sedar bahawa Ramadan membawa seribu satu rahmat dan keberkatan. Kami di McDonald’s cukup berbangga dapat mendekati masyarakat menerusi pelbagai inisiatif berteraskan kebajikan komuniti. Sesungguhnya, sikap tidak mementingkan diri dan belas ihsan sesama manusia menonjolkan erti sebenar Ramadan itu sendiri,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

Ramadan adalah peluang terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat. Mengambil peluang yang ada, McDonald’s turut mengagihkan 30,000 set kurma dan air minuman kepada pengguna perkhidmatan awam komuter di lima stesen LRT, dua kali seminggu mulai 8 Jun hingga 20 Jun 2016 lalu.


Bukan itu sahaja, lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Nur Iman, Rumah Anak Yatim; Miskin D’Nasti dan Rumah Anak Yatim; Miskin Baitul Husna telah dibawa untuk membeli-belah pakaian raya, keperluan sekolah dan dijamu dengan pelbagai juadah berbuka puasa.


Selain menaja juadah berbuka puasa di Hotel Vistana Kuantan, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) juga turut memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada setiap rumah kebajikan tersebut. McDonald’s Kuantan pula memberikan duit raya kepada kanak-kanak ini manakala Kotasas Sdn Bhd pula membiaya perbelanjaan pakaian raya mereka.


Selain itu, McDonald’s dan badan kebajikan pilihannya, RMHC turut meraikan kemeriahan Ramadan di Pusat Lambaian Kasih, Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu. RMHC telah menyumbang RM6,000.00 kepada rumah kebajikan tersebut. Dalam masa sama kakitangan McDonald’s juga turut serta meluangkan masa bersama kanak-kanak di situ semasa majlis berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment