AdSense

Friday, June 17, 2016

Pesanan akhir untuk pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar


Tempoh berkempen 2 PRK iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan tamat dalam tempoh beberapa jam saja lagi.

Calon-calon yang bertanding nampaknya menggunakan tempoh berkempen dengan sebaik mungkin sebelum menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan siapa yang layak menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut.


Dalam pemerhatian penulis, parti PAS, PAN dan Bebas seperti kelam kabut dalam meyakinkan para pengundi untuk menyokong mereka. Hala tuju dalam membela rakyat di 2 kawasan itu kelihatan kabur. Tambahan pula janji-janji yang ditawarkan tidak ubah sekadar janji kosong pilihanraya semata-mata.

PAS mungkin beroleh sokongan yang lebih berbanding PAN yang didalangi DAP. Sedia maklum, DAP dianggap kumpulan yang tidak mendapat tempat di Kuala Kangsar. Tambahan pula kewujudan 37 Persatuan Orang Cina yang tampil menzahirkan sokongan kepada calon BN tanpa berselindung sudah cukup memberi mesej keras kepada parti lawan.


Keadaan ini kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan sokongan positif untuk meletakkan calon BN Mastura mengekalkan kerusi BN di Parlimen Kuala Kangsar.

"Saya percaya mereka (persatuan Cina) boleh menjadi alat kekuatan untuk BN," kata Liow.


Sementara di Sungai Besar pula, walaupun terdapat pengundi Cina yang cenderung menyokong DAP namun perwatakan calon BN Budiman yang akrab mendampingi kelompok itu mampu menggugat DAP yang bergerak dengan memakai baju PAN.

Jentera MCA yang bersama-sama turun padang mendekati masyarakat Cina sedari awal tempoh berkempen di Sungai Besar turut berjaya mengesan bau positif untuk parti BN. Pengundi Cina yang cukup mengenali Budiman tidak teragak-agak untuk menaikkan tangan simbol 'peace' - membawa maksud 2 - nombor calon BN pada kertas undi.


Pengundi Cina di Sungai Besar khususnya tidak perlu khuatir akan soal pembelaan buat mereka. Ini kerana MCA sebagai parti komponen dalam BN pastinya mampu mengangkat suara mereka terutamanya dikalangan petani dan nelayan.

Berbeza sekali dengan bahan-bahan kempen parti-parti lain seperti PAS dan PAN yang didalangi DAP. Mereka hanya banyak menabur politik kebencian sahaja. Sejak dahulu, apa saja kerajaan persekutuan lakukan pasti ditentang mereka sekalipun ia membawa manfaat buat rakyat. Ini kerana mereka cukup iri hati dengan pentadbiran kerajaan BN sejak dahulu lagi.

Ya, tidak ada kerajaan yang sempurna. Begitu juga dengan BN. Namun BN sedaya upaya menambahbaik kekurangan pentadbiran sedia ada menerusi slogan transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sememangnya menampakan hasilnya apabila begitu banyak manfaat dinikmati rakyat melalui dasar dan program yang dilaksanakan.


Sehubungan dengan itu, para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekali lagi diseru supaya pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. Jalankan tanggungjawab sebagai warganegara dan apa yang paling penting, buatlah pilihan bijak dengan mengundi calon BN.

Selamat mengundi!

#UndilahCalonBN



No comments:

Post a Comment