AdSense

Saturday, June 11, 2016

Pengundi Cina wajib tolak DAP, sokong BN


Parti MCA akan terus bersama-sama komponen Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan nasib rakyat majmuk dalam negara ini. Pendirian ini dinyatakan dengan jelas oleh Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Justeru itu pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor kali ini dinasihati supaya terus memberi mandat dan kepercayaan kepada calon BN untuk mewakili Parlimen masing-masing.

Liow turut meminta pengundi supaya mengingati kembali peristiwa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lepas dimana parti DAP yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat mengambil keputusan berganding dengan PAS yang pada ketika itu dilihat memperkenalkan perjuangan ekstremis.


Selepas bergabung seketika atas nama Pakatan Rakyat, mereka kemudiannya berpecah kepada Pakatan Harapan. Dulu mereka (DAP) beriya-iya merayu undi supaya menyokong PAS. Dari kawan menjadi lawan dan pengundi pula menjadi mangsanya.

Berbeza dengan parti-parti komponen BN yang sudah menjalin persepakatan sejak sekian lama tanpa berpecah-belah. Apa jua isu atau persoalan berbangkit diselesaikan melalui rundingan yang membawa kepada hasil keuntungan bersama. Begitulah prinsip parti-parti dalam BN yang sentiasa mengutamakan nasib rakyat tanpa menindas mana-mana kaum dalam negara.


Ia semakin jelas sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kuasa Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pentadbiran 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dilaksanakan mengikut rencah moderat iaitu seimbang - tidak terlalu lemah dan tidak terlalu ekstrem.

Semalam, Najib dan Liow turun ke beberapa kawasan di Kuala Kangsar mendekati pengundi dan jentera parti. Calon BN yang bertanding diperkenalkan dengan kelayakan yang memberi keupayaan mereka mentadbir kawasan Parlimen dengan baik.


Liow kemudiannya mengetuai jentera MCA membuat lawatan ke beberapa lokasi dan menemui akar umbi parti, para pengundi serta persatuan-persatuan Cina.


Pada 18 Jun ini, para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar diberikan sekali lagi kuasa untuk memilih wakil rakyat mereka untuk kerusi Parlimen. Pengundi disarankan supaya menjadikan calon BN sebagai pilihan muktamad.

#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #UndilahCalonBN

No comments:

Post a Comment