Saturday, June 11, 2016

Kenapa perlu tolak PAN


Sehingga jam ini, penulis masih tidak dapat menahan gelak tentang kemarahan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) berhubung sebutan nama parti mereka.


Pengamal media diherdik semata-mata menggunakan singkatan PAN bagi merujuk parti mereka. Mereka mahu parti dengan tema warna oren itu disebut sebagai Amanah, bukannya PAN.


Pemimpin PAN ops maaf, Amanah ini seperti tidak ada perkara yang menarik untuk diperkenalkan kepada masyarakat terutamanya pengundi di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Mereka hanya sibuk dengan jenama parti yang logonya seperti ditiru bulat-bulat daripada logo orang lain.



Diketuai bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah dalam pemilihan parti, Mohamad Sabu, PAN (singkatan ini lebih mudah) popular dengan label 'kuda tunggangan' DAP.

Peristiwa 'hijack' sidang media calon PAN oleh bossnya DAP mengingatkan penulis kepada situasi sama di PRK Teluk Intan. Calon muda berbangsa Melayu yang diberi gaji lumayan, Dyana Sofeea dipaksa kunci mulut apabila 'mikrofon'nya dirampas untuk diberikan kepada pemimpin DAP - Juga ketika dalam sidang media.

Mei 2014
Jun 2016
Mungkin ia sebagai strategi pilihanraya? Membuatkan pengundi Cina berasa yakin bahawa parti-parti seperti PAN dan PKR mengikut telunjuk DAP? DAP adalah ketua dalam Pakatan Harapan? Kuasa diktator seperti ini pastinya tidak berjaya mendapat tempat dikalangan masyarakat.

Inilah bezanya PH dengan Barisan Nasional (BN). Perjuangan BN dalam mentadbir negara bersandarkan kepada semangat hormat-menghormati dan persefahaman yang dijalin sejak sekian lama.

Berbalik semula kepada tajuk, kenapa perlu tolak PAN....

Belum lagi menjadi Ahli Parlimen, calon PAN sudah menunjukkan rasa tidak minatnya untuk membela nasib rakyat.

“Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada.. paling kurang saya akan bersama tuan-tuan puan-puan, paling kurang dua bulan sekali. Kalau saya seronok, sebulan sekali.”

Ini ungkapan oleh calon PAN di Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur di Kampung Penerangan, Sekinchan baru-baru ini dalam sesi ceramah kempennya.

Berbeza pula dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang hanya memperuntukkan 2 jam sahaja untuk tidur. Selebihnya, untuk masyarakat Sungai Besar.

“Kadang-kadang saya terlelap dalam kereta sahaja bila menuju ke tempat majlis tetapi saya harus berkorban kerana amanah yang telah diserahkan oleh pucuk pimpinan parti," kata Budiman.

Jadi, ringkasan ini sudah memadai untuk membuatkan pengundi menolak parti oren, PAN.

#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #UndilahCalonBN

1 comment:

  1. Kenapa masih bodoh! Kenapa media penyiaran kerajaan spt tv dan suratkhabar memberi slot pd pas utk menyerang rakan Pakatan? Disitu shj sepatutnya kita dpt menilai siapa pas sebenarnya! Rakan bn dan umno. Bertanding dlm pilihanraya hanya untuk mengelak syak shj.
    Setuju laksanakan hudud. Buatlah di Kelantan , bukan ada ada dap pun. Hakikatnya bn dan umno juga tidak setuju utk dilaksanakan hudud. So kenapa cerita penolakkan hudud hanya tertumpu pd dap dan pan shj! Pas ni semakin hari semakin BODOH dan BANGSAT. BUAT HUDUD DI KELANTAN BOLEH? KALAU TAK BOLEH MEMANG BASTARD LAH KORANG! JGN MENYALAK SALAHKAN ORG LAIN!
    SURUH TUMBANGKAN REGIM KORUP BN /UMNO MALAH BERKAWAN PULA JADI PILIHAN! STUPID MORON!
    P.S EX PAS JOHOR

    ReplyDelete