AdSense

Wednesday, June 22, 2016

Kisah pemuda Myanmar dan Humaniti Malaysia


Semalam aku berbuka di salah sebuah restoran di Citta Mall, Petaling Jaya. Dekat dengan Lapangan Terbang Subang. Lepas berbuka, aku nampak seorang pekerja restoran tersebut keluar kira-kira 30 meter daripada tempat kerjanya. Aku fikir beliau pada ketika itu sedang berehat apabila sebatang rokok dinyalakan sambil meregang-regangkan tubuh badannya.


Kebetulan aku pun berhasrat untuk menyedut pahit tembakau lalu menghampirinya.


"Sudah lama kerja di sini? Tanyaku spontan.

"Baru setahun. Tapi I sudah duduk Malaysia 7 tahun." Jawabnya.

Aku ingatkan orang Melayu, rupa-rupanya warga Myanmar.

Lelaki Myanmar ini baru berusia 26 tahun namun ketika ditanya sama ada sudah berkahwin atau memiliki teman wanita, beliau menjawab, "belum ada".

Tambahnya, beliau mahu mengumpul duit sebelum pulang ke negara asal.

"I mahu balik Mynmar. Maybe November atau Disember ini."

Saja aku tanya pendapatnya tentang Malaysia...

"I tak tahu sini (Malaysia) punya ádministrator' (pentadbiran kerajaan). Tapi I tengok Malaysia bagus."

"You kenal siapa Malaysia punya 'Prime Minister'? Tanyaku kepada pemuda yang lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa rojak (Bahasa - Inggeris).

"Najib." Jawabnya dengan penuh yakin.

Sementara ketika ditanya mengenai tempat kerjanya, beliau memberitahu menerima RM2,500 setiap bulan. Ya, gaji sama diterima warganegara Malaysia lepasan universiti! Daripada raut wajah yang ceria dan tutur katanya menunjukkan betapa sayang dan syukurnya beliau menetap di Malaysia.

Tanah tumpah darah

Walaubagaimanapun pemuda ini berhasrat untuk pulang ke negara asalnya kerana merasakan simpanannya selama mencari rezeki di Malaysia sudah mencukupi. Barangkali sudah cukup untuk beliau mencari pasangan hidup dan memulakan perniagaan sendiri di tanah airnya.

"Sekarang Myanmar sudah baik. Sudah boleh bisnes. Dulu mahu ada motorcyle susah. Sekarang lori pun sudah ada." katanya sambil menenyeh puntung rokok jenama XXX.

Demikian antara perbualan antara aku dengan seorang pekerja asing yang dilindungi pertubuhan antarabangsa Unesco.

Sedia maklum Mynmar merupakan antara negara bergolak akibat krisis kemanusiaan. Sementara Malaysia pula antara negara yang prihatin apabila tidak membiarkan rakyat Myanmar terus dizalimi.

Humaniti Malaysia umpamanya, merupakan badan prihatin yang memberi penekanan terhadap pembelaan masyarakat Rohingya.


Menurut Presidennya Tan Sri Syed Hamid Albar, Humaniti Malaysia merancang untuk ke Myanmar dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung krisis yang berlaku di negara tersebut.

Ia sekaligus memastikan keselamatan warga Rohingya terus mendapat pembelaan.

“Beberapa hari lagi saya akan ke sana untuk mengadakan sedikit perbincangan bersama pihak mereka, agar kita dapat mencari jalan terbaik untuk memastikan kemelut ini berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 800 masyarakat Rohingya pada majlis berbuka puasa di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak baru-baru ini.


Dalam majlis sama, Humaniti Malaysia turut menyampaikan sumbangan keperluan seperti beras, gula dan minyak masak kepada warga Rohingya.

Selain itu, soal pendidikan juga tidak diabaikan apabila kanak-kanak Rohingya turut menerima sumbangan berupa beg sekolah dan buku.

#TerimaKasihMalaysia #HumanitiMalaysia #Prihatin #Syukur

No comments:

Post a Comment