AdSense

Thursday, June 23, 2016

Teguh Bersama MCA - Bukan cakap kosong



'Stronger Together' yang di lancarkan di peringkat negeri pada Mac lalu ternyata membuahkan hasil apabila Barisan Nasional berjaya memenangi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.


Ucapan tahniah harus diberi kepada Datuk Wee Ka Siong yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jentera Pilihanraya ke-14 MCA kerana kejayaan yang dicapai BN dalam meraih sokongan kaum Cina.

Dalam melalui fasa PRK itu, jentera MCA telah dikerah untuk berganding bahu bersama parti-parti komponen dalam BN bagi memastikan kemenangan kedua-dua kawasan kekal milik BN.

MCA telah melakukan transformasi dalaman sebagai langkah yang tepat pada masanya bagi memastikan MCA terus kekal relevan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina.


Perlantikan Datuk Wee Ka Siong adalah sangat tepat sekali memandangkan di setiap Pilihan Raya Umum (PRU) beliau sentiasa ke hadapan untuk mengatur setiap strategi dan penyusunan jentera kempen. Malahan di setiap pilihanraya kecil, walaupun adakalanya BN kalah namun peningkatan sokongan BN di kalangan pengundi Cina sangat memberangsangkan.


"MCA dan Barisan Nasional (BN), kita di dalam sebuah keluarga yang sama, maka kita sama-sama memikul tugas dan tanggungjawab kerajaan. Oleh itu, walaupun MCA adalah parti untuk bangsa Cina namun ketika berkhidmat kita harus memastikan memastikan bangsa-bangsa lain mendapat perhatian yang sama," katanya.

'Stronger Together' atau Teguh Bersama merupakan fasa pertama Pelan Transformasi MCA yang diperkenalkan sebagai persediaan awal menghadapi PRU14.  Fasa kedua pula adalah  'Harnessing diversity'  yang membawa maksud memanfaatkan kepelbagaian dan yang ketiganya pula memberi tumpuan kepada 10 strategi ekonominya.


Landskap politik di kalangan pengundi Cina yang telah didominasi DAP perlu diubah dan dengan strategi 'Stronger Together' MCA, akan mampu membawa rakyat Malaysia hidup bersatu menuju masa depan yang lebih maju bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Sesungguhnya, Datuk Wee bukanlah pemimpin politik yang sekadar bercakap tetapi beliau telah membuktikan yang beliau adalah seorang ketua yang gemar berkhidmat.

No comments:

Post a Comment