AdSense

Thursday, May 19, 2016

Mana ada lesen bas bawa motosikal !


Ya, tidak ada peruntukkan yang membenarkan sebuah bas ekspres membawa muatan berupa kenderaan lain seperti motosikal.

Hanya penumpang dan beg / bagasi sahaja yang boleh masuk dalam perut bas. Sekali dengan pemandulah.


Berhubung kejadian bas terbakar yang membawa 4 buah motosikal di Ayer Keroh pada malam Ahad lepas, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil pihak pengurusan syarikat bas berkenaan bagi mendapatkan keterangan.


Syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan kerana membawa barangan yang tidak dibenarkan iaitu motosikal.

"Ia jelas melanggar syarat dalam lesen sekaligus menjejaskan keselamatan penumpang. SPAD tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dan pengendali bas ekspres bertanggungjawab ke atas pengguna bas.

"Kita boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali bas mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 jika didapati lalai memastikan keselamatan penumpang, melanggar undang-undang atau melanggar syarat lesen."

Demikian kata SPAD dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian bas 2 tingkat terbakar yang berlaku kira-kira jam 8 malam di KM209 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan itu dikatakan membawa 4 buah motosikal yang diletakkan di dek bawah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

*Apa guna keuntungan kalau membawa padah!

#SPAD #PengangkutanAwam #Bas

No comments:

Post a Comment