AdSense

Wednesday, March 16, 2016

Teruskan projek mega : Malaysia tidak gagal


Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan projek-projek mega seperti pembinaan Transit Aliran Masa (MRT) laluan kedua sekalipun berdepan dengan kesukaran ekonomi di peringkat global.


Keputusan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sekaligus menolak dakwaan pemerhati-pemerhati politik baik dalam mahupun luarnegara yang menyifatkan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Pada kebiasaannya, tuduhan-tuduhan tanpa asas sedemikian dilemparkan bagi tujuan melemahkan kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).


Pihak lawan sememangnya tidak mahu melihat BN secara berterusan melakar kejayaan demi kejayaan dalam membangunkan negara dan memberi kesejahteraan hidup buat rakyat Malaysia.

Sedia maklum, projek-projek mega seperti pembinaan MRT yang berteraskan kepentingan rakyat ini bakal mengubah landskap sistem pengangkutan awam dalam negara sekaligus mengundang sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini menjadikan setiap kejayaan BN akan mengundang rasa gelisah dan cemburu dikalangan pihak pembangkang.


Najib dengan tegas mengatakan bahawa pembangunan infrastruktur terutama sekali membabitkan pengangkutan awam merupakan keperluan rakyat.

Bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi ia (MRT 2) bakal memberi manfaat kepada lebih 500 ribu penumpang setiap hari.


MRT 2 yang merangkumi laluan Sungai Buluh - Serdang - Putrajaya ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022 seterusnya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas yang semakin kronik saban hari.

Sedikit info untuk makluman pembaca mengenai MRT 2 :

Jarak laluan : 52.2KM
Jarak laluan bawah tanah : 13.5KM
Bilangan stesen : 36 buah
Bilangan stesen bawah tanah : 11 buah






No comments:

Post a Comment