AdSense

Thursday, March 17, 2016

Kerajaan negeri restu tindakan hina mahkamah?


Mentang-mentanglah menguasai kerajaan negeri, maka boleh membuat apa sahaja termasuk menghina keputusan mahkamah?


Mahkamah memutuskan suami kepada Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari. DAN BUKANNYA TAHANAN POLITIK sepertimana yang sengaja dipaparkan di bahu-bahu jalan sekitar Selangor dan Pulau Pinang hari ini.

Pihak penguasa perbandaran dan kerajaan negeri seolah-olah merestui tindakan memasang papan iklan bagi tatapan umum tersebut apabila tiada tindakan menurunkannya sekalipun hampir sebulan berlalu.

Banduan atau pesalah salahlaku jenayah, bukannya tahanan politik. Kena betulkan tu... Sampai bila hendak menipu rakyat?

Tahanan politik biasanya tidak ada perbicaraan. Terus saja sumbat dalam penjara, tak perlu berhujah, kemuka bukti dan sebagainya di dalam mahkamah.Tengoklah Anwar Ibrahim, berapa lama kes dia berjalan di mahkamah? Bahkan berpuluh kali ditangguhkan semata-mata mahu memberi ruang demokrasi!

Sudah-sudahlah.... tentera pentaksub Anwar perlu berpijak di bumi nyata dan menerima kenyataan. Adalah sukar untuk menegakkan benang yang basah.

Hendak berkempen bebaskan Anwar tidak ada masalah. Kempenlah, pasti berjaya - selepas Anwar selesai menjalani hukuman penjara 5 tahun. Bukan penjara seumur hidup.


1 comment:

  1. Apa tindakan orang yg berkuasa ? Kalau ikan bilis semua x boleh ....!

    APA JADI......?

    ReplyDelete