AdSense

Thursday, March 17, 2016

Teksi : Jawapan kepada soalan berbangkit di Parlimen


Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Bachok, Ahmad Marzuki Shaary meminta Menteri menjawab tentang beberapa persoalan berbangkit berkaitan sistem pengangkutan awam, teksi.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika menjawab secara bertulis soalan tersebut memberitahu bahawa kesemua perkhidmatan teksi akan diperkenalkan dengan aplikasi atas talian (online) bagi tujuan menambahbaik sistem perkhidmatan teksi serta memberi keuntungan kepada pemandu dan pengguna teksi.


Sementara pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula ketika ini sedang menjalankan kajian dan pengumpulan maklumat lengkap sebelum dapat menyiapkan formula serta polisi bagi mengawalselia sistem tempahan atas talian menerusi telefon pintar.

Dengan adanya sistem tempahan atas talian sedemikian maka ianya diharapkan dapat membendung kegiatan kereta sapu haram yang semakin berleluasa dewasa ini.

Sedia maklum, perkhidmatan kereta sapu haram menjadi trend dan menerima permintaan tinggi daripada pengguna. Ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan mencakupi pelbagai aspek termasuk layanan mesra, kebersihan dan menepati waktu.

Sekalipun kelihatan indah namun perkhidmatan kereta sapu haram ini tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan seterusnya mengundang risiko jenayah yang tinggi.

Di luarnegara, perkhidmatan kereta sapu haram menjadi musuh masyarakat kerana kerapnya berlaku kegiatan jenayah seperti samun dan lebih menggerunkan, rogol.

Pendirian sama dipraktikan di Malaysia apabila mana-mana individu yang didapati menawarkan perkhidmatan kereta sapu haram akan dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Kenderaan Awam 2010.

Justeru itu, tindakan kerajaan menerusi SPAD yang bersungguh-sungguh membanteras kegiatan kereta sapu haram sepatutnya disambut baik oleh semua pihak.



No comments:

Post a Comment