AdSense

Wednesday, March 16, 2016

PAS - IKATAN macam ilmu hisab. 'Kosong tambah kosong jawapannya tetap kosong'


Tudia... PAS baru saja mengumumkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) sebagai rakan baharu mereka bagi menghadapi musuh pada Pilihanraya Umum ke 14 yang dijangka diadakan dua tahun akan datang.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dihadapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden IKATAN Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ramai juga yang sudah menjangkakan gabungan dua parti ini apabila raut wajah Kadir Sheikh Fadzir agak 'berpeluh' ketika diajukan soalan oleh pengamal media mengenai usahasama IKATAN bersama PAS untuk PRU14 sebelum ini.

Walau apapun, pengumuman sudah dibuat secara rasmi dan inilah gabungan atau blok pembangkang baharu yang dikatakan akan menggerunkan parti lawan.

Kuatkah IKATAN?

IKATAN baharu sahaja ditubuhkan oleh Abdul Kadir pada 15 Mei 2015. Abdul Kadir pula merupakan bekas menteri Penerangan yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau menjadi menteri bermula tahun 1982 dan bersara sekitar 2006.

Abdul Kadir juga sebelum ini kelihatan lantang membelasah PKR dan DAP dalam beberapa isu. Antaranya, mengenai beberapa kejayaan baharu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12. Di sini sudah kelihatan susuk Abdul Kadir ini cenderung kepada PAS apabila mengatakan bahawa kemenangan pakatan itu adalah kerana kekuatan PAS sebagai parti tunjang, parti kedua terbesar selepas UMNO. Malah pernah mengatakan tindakan DAP dan PKR menendang PAS keluar dari pakatan sebagai tindakan ke belakang.

Berbalik kepada IKATAN, roh perjuangan parti ini membawa idealisme Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Prinsip yang digunapakai adalah berkaitan sumpah janji Tunku sebagai Bapa Malaysia bersama pengasas-pengasas kemerdekaan negara. Ia bermaksud, melahirkan negara bangsa yang bersandarkan kepada kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia.

Sementara bagi bekas teman rapat PAS iaitu DAP pula menyifatkan gabungan PAS-IKATAN hanyalah 'kosong' - umpama kosong tambah kosong dan hasilnya tetap kosong. Demikian ulasan Penasihatnya Lim Kit Siang yang kini bersahabat kamcing dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Agak keras kata-kata Kit Siang. Sedia maklum, Kit Siang dikenali dengan sifat kepura-puraannya. Kalau beri buah limau dan dikatannya manis, maka yang sebenarnya dimaksudkan adalah masam.

Kata-kata memperlekeh bekas rakan sekutunya ini mungkin dilakukan atas faktor gentar partinya terhadap PAS - IKATAN. Ini kerana, PAS sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU14 nanti.

Sudahlah DAP cukup payah untuk menembusi hati pengundi di kawasan-kawasan kampung dan majoriti pengundi Melayu, dengan kewujudan blok pembangkang baharu ini membuatkan impian DAP semakin menipis.

Mungkin bagi DAP, mereka boleh pergunakan kumpulan kecewa yang dikepalai Mahathir dan Ibrahim Ali daripada Pertubuhan Pribumi Malaysia (PERKASA) untuk menarik undi masyarakat Melayu. Namun apakah masyarakat Melayu boleh memaafkan tindakan belot tokoh-tokoh terbabit?

*Hari ini sahaja sudah berapa ramai keluar daripada menjadi ahli Perkasa...



No comments:

Post a Comment