Bagi sesetengah pihak, tajuk seperti di atas umpama 'angan-angan Mat Jenin'
Felda sudah bankrap, bagaimana mahu menjadi kuasa ekonomi Malaysia?
Felda rasuah, bagaimana mahu kekal berintergriti?
Felda mundur, bagaimana mahu mengorak langkah dalam dunia serba pantas?
Tiga antara ribuan kritikan setiap masa yang dilemparkan kepada organisasi Felda atau nama penuhnya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
Namun, Felda terus bernafas, berlari dan terbang tinggi sehingga kini sudahpun berusia lebih setengah abad.
Felda yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein begitu bertepatan sekali dengan jolokan gelarannya iaitu Bapa Pembangunan. Ekonomi, pembangunan luar bandar, hubungan antarabangsa, pendidikan dan perpaduan rakyat antara wadah perjuangan Allahyarham.
Wadah perjuangan sama diwarisi oleh anaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri hari ini.
Semasa melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), buku Kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Menara Felda semalam, Najib melahirkan harapannya untuk menjadikan Felda sebagai kuasa penjana sosio-ekonomi terunggul di Malaysia.
Sudah tentulah ia bertujuan memastikan nasib peneroka-peneroka Felda terus terbela. Tegas Najib, perjuangan untuk membela nasib masyarakat Felda tidak akan terhenti sampai bila-bila.
"Saya mahu Felda menjadi sebuah 'social economic power house'.
"Sebab itu kita bangunkan Felda, kita buat Felda Global Ventures (FGV) dan macam-macam lagi, kita akan fikirkan banyak lagi bagi memastikan manfaat ini dirasai oleh generasi kedua, ketiga dan seterusnya."
Sedikit fakta sejarah untuk dikongsi...
Selepas merdeka, Felda dijadikan sebagai polisi dalam pembangunan tanah sebagai strategi untuk meningkatkan status ekonomi kawasan desa. Sehingga kini, sudah banyak pertimbangan sosio-ekonomi telah diintegrasikan dalam perancangan petempatan Felda.
Tidak dapat dinafikan, Felda merupakan agensi pembangunan tanah yang berjaya di Malaysia dalam strategi pembasmian kemiskinan secara umumnya.
Kini, Felda bukan lagi hanya tertumpu kepada usaha pembukaan tanah bagi aktiviti pertanian tetapi juga telah menceburi pelbagai aktiviti ekonomi yang lain termasuk di peringkat global.
Sebelum ini, Suara Lensa pernah menyiarkan artikel berkaitan liku-liku peneroka Felda generasi pertama di sini.
No comments:
Post a Comment