AdSense

Monday, March 14, 2016

Deklarasi Mahathir : Apa sebenarnya yang disokong?


Pening.... memang pening.... hari ini cakap lain, esok cakap lain. Berubah-ubah dan tidak tetap pendirian bagai lalang ditiup angin, sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan...


Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong menyifatkan pendirian pemimpin pembangkang terhadap Deklarasi 'Rakyat' yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mengelirukan.

Apa tidaknya, deklarasi tersebut pada awalnya disokong pembangkang bertujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun keesokkan harinya pula Ketua Pembangkang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengatakan bahawa sokongan mereka terhadap deklarasi tersebut adalah bagi tujuan membebaskan suaminya, Anwar Ibrahim.

Wee Ka Siong yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa mereka (pembangkang) sewajarnya memperjelaskan terlebih dahulu berhubung pendirian mereka yang sebenarnya bagi mengelakkan rakyat daripada keliru.

Tidaklah pembangkang kalau tidak mengelirukan rakyat... Pasti ada muslihat yang sedang dirancang bagi mengaburi mata rakyat yang memerhati. Namun rakyat yang bijak pastinya dapat menghidu niat jahat pembangkang ini.

Begitu juga dengan 'persetubuhan' antara Mahathir dengan musuh ketatnya DAP- dinasti Lim (Kit Siang dan Guan Eng). Jika sebelum ini, bersentuh kulit pun dikira haram, kini bebas berpeluk bercium sekaligus melanggar 'hukum hakam' terdahulu.

Wee dengan itu bersependapat dengan laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang mempersoalkan hubungan intim Mahathir-DAP. Sejak berpuluh tahun, Guan Eng dan Kit Siang menyerang Mahathir dari pelbagai sudut, kini masing-masing berpelukan mesra seolah-olah melenyapkan segala jenis tuduhan sebelum ini.

Apakah semua tuduhan yang dilemparkan DAP kepada Mahathir akan hanyut begitu sahaja? Erti kata lain, semua tuduhan dan makian sebelum ini hanyalah rekaan semata-mata? Jadi, selama ini rakyat ditipu?

Ya, sejarah tidak dapat dipadam sama sekali.

Dalam perkembangan lain, Wee ketika menghadiri majlis penerangan kepada 123 Ketua Masyarakat (JKKK) di Yong Peng, Johor semalam telah mengarahkan kesemua 613 komuniti JKKK seluruh negara supaya menyediakan laporan berkaitan permasalahan dan isu-isu berbangkit di kawasan masing-masing.

Laporan yang memberi fokus kepada mengenalpasti rumah usang dan memerlukan bantuan baikpulih itu hendaklah diserahkan sebelum 18 April ini.

Setakat ini, terdapat 45 permohonan diterima bagi kerja-kerja baikpulih. Sembilan daripadanya telah diluluskan sementara baki yang lain sedang dinilai.

No comments:

Post a Comment