AdSense

Tuesday, March 15, 2016

FGV serah sumbangan lebih RM120 ribu untuk sekolah agama di Kelantan #GempakKeluargaFelda


Sejumlah RM122,586.00 diserahkan kepada Sekolah Menengah Agama (Arab) At-Taqwa Chiku 1 dan 2 bagi tujuan pembangunan di sekolah terbabit.


Majlis penyerahan replika cek disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam program jelajah 'Gempak Keluarga Felda' di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

Program jelajah Gempak Keluarga Felda anjuran bersama FELDA, Felda Global Ventures Holdings (FGV), Yayasan Felda dan Astro Malaysia Holdings merupakan program yang tidak asing lagi buat warga Felda.



Jelajah Gempak Keluarga Felda mensasarkan kumpulan pelanggan dalam kalangan komuniti Felda dan daerah di sekitarnya dan bertujuan mengetengahkan usahawan generasi Felda selain memperkenalkan produk-produk mereka di lokasi berdekatan bandar-bandar utama.


Menurut AVP Pemasaran Kandungan Perniagaan Melayu Astro, Suhaini Omar, program jelajah ini sememangnya menerima sambutan yang amat baik dikalangan masyarakat Felda di seluruh negara.  

"Alhamdulillah selama pengajuran Gempak Keluarga Felda di 7 lokasi Felda seluruh negara setakat ini menerima sambutan yang begitu baik.

"Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir bagi meraikan Gempak Keluarga Felda dan tidak lupa juga penghargaan perlu diberikan kepada penganjur bersama iaitu FELDA.

"Sedia maklum, Gempak Keluarga Felda ini membawa pelbagai pengisian yang menarik termasuklah slot Santai Rohani yang menyajikan program berbentuk ilmiah dan Islamik." katanya.

Selepas ini, Gempak Keluarga Felda dijangkakan akan berlangsung di Dungun, Terengganu Darul Iman. Sama-sama kita nantikan.


No comments:

Post a Comment