AdSense

Monday, March 14, 2016

PAKATAN BAHARU PAS : PKR Selangor akui GOYANG?



Menteri Besar Selangor yang juga orang nombor dua dalam parti PKR masa bercakap depan media kata beliau tidak gentar dengan pakatan baharu PAS.

Sebenarnya jelas terpancar, Azmin dan partinya PKR cukup takut pada gabungan tersebut.

Pandai pula tu Azmin kata sekarang bukan masa untuk berpolitik? Kononnya sekarang adalah masa untuk membangunkan negeri Selangor. Politik yang dibolehkan pada tempoh berkempen dalam pilihanraya umum yang diadakan 5 tahun sekali.

Habis tu, muka Azmin yang terpampang bersama kumpulan kecewa dalam Deklarasi Orang Kecewa baru-baru ini bukan berpolitik?

Nampak sangat PKR berasa tergugat dengan perkembangan politik hari ini.

Lebih menakutkan apabila mendengar ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini yang mengatakan bahawa aktiviti menjatuhkan pemimpin adalah perbuatan yang sia-sia.

Apa-apa pun, ketakutan PKR yang memenangi jumlah kecil bilangan kerusi di Selangor semakin bergetar kuat menjelang pengumuman gabungan baharu PAS pada 16 Mac ini.

No comments:

Post a Comment