AdSense

Saturday, February 27, 2016

Sumbangan McDonald's terhadap kanak-kanak tidak dapat dipertikai


Seperti yang dijanjikan, penulis akan meneruskan artikel berkaitan 'Ronald McDonald House Charities Malaysia' (RMHC) atau Rumah Amal dan Kebajikan Ronald McDonald.


Sedia maklum, RMHC Malaysia merupakan satu badan yang ditubuhkan bukan untuk meraih keuntungan tetapi memberi fokus kepada kanak-kanak di Malaysia. Tiga fokus yang ditekankan merangkumi Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Penulis sebelum ini ada menyentuh tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Ronald McDonald House (RMH) bersama manfaatnya kepada golongan sasar.

Bagi yang terlepas membaca artikel terdahulu, boleh klik pada pautan di sini

Hari ini, penulis akan memperincikan pula mengenai program Ronald McDonald Gift of Smile dan Ronald McDonald Sensory Room.

Apa itu Ronald McDonald Gift of Smile?

Ditubuhkan sejak tahun 2004, program ini memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang mengalami kecacatan sumbing bibir atau masalah lelangit (cleft lip / palate).

Dianggarkan 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan di Malaysia dikesan mengalami kecacatan ini.

Setakat ditubuhkan, Ronald McDonald Gift of Smile telah membelanjakan sebanyak RM2.9 juta sekaligus memberi manfaat kepada lebih 350 orang kanak-kanak tempatan. Kesemua mereka menjalankan pembedahan peringkat pertama bagi memperbaiki kecacatan yang dialami.

Pembedahan tersebut merupakan satu langkah awal bagi kanak-kanak sebelum mereka meningkat dewasa.

Dalam masa sama, menjelang akhir 2013, program amal ini menawarkan bantuan untuk pembedahan peringkat kedua. Seramai 15 orang kanak-kanak telah mendapat manfaat daripada program tersebut dengan peruntukkan sebanyak RM40,450.00.


"Senyuman seorang anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa" merupakan maksud yang dapat disimpulkan terhadap kewujudan program Ronald McDonald Gift of Smile.


Apa itu Ronald McDonald Sensory Room

Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia menubuhkan Ronald McDonald Sensory Room (RMSR) bertujuan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

RMSR yang didatangkan khas dari United Kingdom ini menggunakan kos RM90,000.00 dan dilengkapi dengan peralatan canggih untuk merangsang lima deria utama iaitu deria sentuh, penglihatan, pendengaran, rasa dan bau.






Sejak tahun 1999, lebih 5,000 orang pelajar mendapat manfaat daripada program ini dengan memperuntukkan RM1.6 juta.

Sehingga hari ini, terdapat 20 RMSR di seluruh negara. Untuk mengetahui kawasan-kawasan yang memiliki RMSR, rujuk pautan di sini.


Untuk artikel akan datang, penulis akan memperincikan pula sumbangan McDonald's Malaysia terhadap pembangunan pendidikan kanak-kanak menerusi program 'Ronald McDonald Scholarship'. 

1 comment:

  1. Tk habis2 dgn mac Donald's hang.pakcik agak hang masa kecik nk mkn mc Donald's mak hang tk bg sb mak hang pesan makanan dia tk berkhasiat utk kesihatan...betoi tk?

    ReplyDelete