AdSense

Thursday, February 25, 2016

Malaysia bersama EU dan ASEAN ke arah kemajuan sektor penerbangan


Sedia maklum, kerjasama antarabangsa adalah tunggak penting untuk memastikan kemajuan yang berterusan bagi sektor penerbangan awam negara.


Justeru itu, Malaysia dilihat kekal komited dalam mengkaji dan memberi sokongan terhadap Perjanjian Komprehensif Pengangkutan Awam Udara (CATA) di antara Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, perjanjian itu adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN - EU bagi penerbangan awam dengan tujuan mempromosikan perjalanan udara di antara kedua-dua rantau dan meningkatkan keselamatan dan pengawasan penerbangan.

"Memandangkan Malaysia adalah salah satu penyumbang utama dalam sektor penerbangan ASEAN yang semakin meningkat, pastinya ia akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini. 

"Dengan itu, kami berharap perjanjian ini akan dapat capai kesepakatan tidak lama lagi kerana ia dijangka membawa manfaat ekonomi kepada negara dan ASEAN." 

Demikian petikan kenyataan daripada Liow bersempena 'Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016 baru-baru ini.

Selain daripada perkukuh kerjasama antarabangsa, Malaysia turut membangkitkan topik berkaitan kemampanan alam sekitar.

Selaras dengan cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menangani pengurangan pelepasan karbon dioksida melalui Global Market-Based Measures (GMBM) oleh peserta penerbangan antarabangsa, Malaysia menyatakan sokongan untuk usaha ini, sambil memastikan bahawa langkah-langkah adalah selaras dengan dasar negara kita dalam pengurangan gas rumah hijau (GHG).

Oleh yang demikian, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Global Aviation Dialogues (GLAD) yang akan diadakan pada Mac 2016 untuk membincangkan lagi isu berkenaan dasar konsep dan aplikasi draf.

Inisiatif-inisiatif di bawah GMBM termasuk daripada teknologi pesawat, peningkatan operasi, juga skim GMBM dan bahan api alternatif yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dalam sektor penerbangan.

No comments:

Post a Comment