AdSense

Monday, February 29, 2016

Bauksit - FELDA akan bantu peneroka terjejas


Isu bauksit di Kuantan, Pahang kelihatan kembali sejuk selepas pihak berkuasa meminta aktiviti itu dihentikan bagi tempoh seketika.


Sementara pasukan pembersihan juga telah menjalankan arahan untuk membersihkan jalanraya yang dicemari akibat daripada kegiatan mengangkut bauksit. Ada yang salah faham mengenai pembersihan ini. Kos operasi pembersihan sebenarnya ditanggung oleh syarikat yang terlibat dalam aktiviti mengangkut bauksit.

Selesai soal pembersihan jalanraya dan kawasan-kawasan sekitar...

Masyarakat yang terkesan dengan aktiviti mengangkut bauksit ini bukan sahaja peniaga, penduduk dan pelancong tetapi juga buat masyarakat Felda.

Mengikut rekod Jawatankuasa Penyelaras Bertindak Bauksit Bukit Goh, sebanyak 248 daripada 671 peneroka terlibat dengan aktiviti perlombongan berkenaan melibatkan 33 pengusaha bauksit.

Terdapat dua situasi di sini iaitu, peneroka yang terlibat dengan perlombongan bauksit dan peneroka yang terjejas pendapatannya akibat aktiviti perlombongan bauksit.

Soal sekarang, sama ada aktiviti bauksit akan diteruskan mahupun sebaliknya. Jika diteruskan, mungkin memberi kesan kepada peneroka yang tidak terlibat dengan aktiviti tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Apa yang pasti, kedua-dua peneroka ini tetap peneroka yang dilahirkan daripada Felda. Felda pastinya akan menghulurkan tangan membantu mana-mana peneroka yang memerlukan.


Sebagaimana kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Felda akan memberi bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatannya akibat kegiatan bauksit.

Namun masih terlalu awal untuk memperincikan jenis bantuan yang akan disalurkan.

"Kalau tanya saya pasal perancangan sekarang untuk membantu peneroka (yang terlibat perlombongan bauksit dan terjejas pendapatan)... masih terlalu awal.

"Tidak tahu lagi sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan ataupun tidak, selepas itu baru boleh kita tengok bahagian mana yang boleh tolong peneroka," katanya.

Ketika ini kerajaan sedang mengenalpasti garis panduan baharu yang efektif berhubung dengan aktiviti perlombongan bauksit. Apa jua keputusannya, sama-samalah kita nantikan pengumumannya kelak.

No comments:

Post a Comment