AdSense

Wednesday, February 24, 2016

Sistem pengangkutan awam rancak dibangunkan : 13 stesen baru Lembah Subang - Putra Heights


Kepadatan penduduk di ibukota seperti di Lembah Klang pastinya memerlukan sistem pengangkutan awam yang baik.


Sememangnya kerajaan Malaysia sentiasa cakna akan keperluan warga kota ini. Seperti mana yang terkandung di dalam Program Transformasi Kerajaan antara lain adalah menfokuskan kepada pembangunan pengangkutan awam.

Jika pembaca masih ingat ungkapan ini,

“Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan.

“Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.”

Demikian petikan yang diambil daripada mulut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat lalu.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa begitu banyak projek sedang dibangunkan bagi tujuan pembangunan pengangkutan awam ini.

Antara pengangkutan awam yang paling popular adalah Transit Aliran Ringan (LRT). Seiring dengan hasrat murni kerajaan bagi memenuhi tuntutan wargakota, projek sambungan LRT Laluan Ampang meliputi jarak 18.1KM akan mula beroperasi pada Mac 2016.

Sebahagian daripadanya sudah siap dan mula beroperasi pada 31 Oktober 2015. Antaranya stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK 5.

Sementara, projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya - Putra Heights dengan jarak 17.4KM pula akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2016.

Projek yang diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad ini menjangkakan lebih ramai pengguna akan menggunakan LRT ini sebagai mod pengangkutan awam dengan peningkatan sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030.


Untuk makluman pembaca, sebanyak 13 stesen dibina bermula dari Lembah Subang sehingga ke Putra Heights. Orang ramai boleh rujuk pautan DI SINI untuk mengikuti dengan rapat mengenai perkembangan berhubung projek pembangunan ini.

Bukan sekadar LRT semata-mata tetapi juga mesra dengan penyediaan tempat letak kereta serta kemudahan bas.

Sehubungan itu, mudah-mudahan penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai mengetahui tentang cita-cita kerajaan yang kekal komited merealisasikan slogan 'Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan'.

#IniBukanSembangKosong

No comments:

Post a Comment