AdSense

Sunday, February 21, 2016

#PekerjaAsing - Kerajaan masih waras, cakna kepentingan rakyat


Sekalipun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudahpun mengumumkan bahawa kemasukan pekerja asing ditangguhkan (FB Sinar Harian lapor 'dibekukan'), namun masih ada dikalangan pemimpin parti pembangkang yang cuba meraih populariti daripada isu ini.




Ahmad Zahid sudah jelaskan bahawa kerajaan akan meneliti semula berhubung isu tersebut dan melihat semula permintaan daripada industri yang terlibat.

Pendapat sama juga disuarakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebelum ini bahawa isu berkaitan peningkatan levi itu sememangnya mendapat perhatian kerajaan.


Wee Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA menjelaskan bahawa isu tersebut telahpun dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.

Perbincangan bersama pemain di sektor industri terlibat turut diadakan bagi mencapai keputusan tepat.

Sedia maklum, suara Wee Ka Siong dan MCA ini juga merupakan sebahagian daripada suara diperingkat akar umbi termasuk dikalangan peniaga-peniaga masyarakat Cina.

Suara Lensa cukup yakin bahawa kerajaan akan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Pastinya soal keselamatan negara dan kebajikan pekerja / peniaga tempatan menjadi agenda utama kerajaan yang diperjuangkan.

Sebagai rakyat Malaysia pula, kita sewajarnya memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Malaysia.

Usah terlalu paranoid dan mempercayai khabar angin berbaur fitnah yang tersebar di laman sosial.

Kerajaan Malaysia hari ini masih waras, mana mungkin pemimpin yang terdiri dikalangan warganegara hari ini sanggup menggadai negara sebagaimana yang dituduh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Fikirkan positif.

#TerimaFaktaTolakFitnah

*Cakna - prihatin / ambil berat

No comments:

Post a Comment