Sunday, February 21, 2016

40 Tahun @NajibRazak dalam Politik - Siapa anda pada waktu itu, sperma, bayi atau kanak-kanak?


Ada masa aku tersenyum melihat komen-komen negatif yang dilemparkan pada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.


Iyalah, bila diselak individu-individu tersebut, ambik kau, baru lahir pada tahun 1990! Kononnya dah matang sangat bila cecah usia 26 tahun...

Tapi itulah, kebanyakkan mereka ini pastinya belum lahir pada ketika Najib sudahpun menjadi pemimpin pemuda suatu masa dahulu.

Pengkritik-pengkritik yang nampak hebat di laman sosial hari ini dikategorikan sebagai 'sperma', 'bayi' dan kanak-kanak yang tidak mampu mengawal hingus mereka sendiri.

Mereka yang tergolong sebagai Generasi Y hari ini juga mudah terpengaruh dengan berita-berita berbaur fitnah yang dihidangkan oleh pihak yang mempunyai agendi tersembunyi. Gen Y sepatutnya perlu memperbanyakkan membaca fakta dan bukannya hanya bergantung harap pada internet yang belum sahih sumbernya.

Berbalik pada Najib yang sudahpun memasuki tahun ke 40 dalam penglibatan politiknya, satu usia yang cukup matang untuk memimpin sebuah negara.

Beliau kelihat cukup sabar ketika berdepan dengan apa jua isu... Namun sifat penyabarnya ini ada hadnya...

Jom baca laporan yang disiarkan oleh laman berita Agenda Daily yang mengikuti Majlis bersempena dengan 40 Tahun Najib Dalam Politik di PWTC semalam.

KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment