Saturday, February 20, 2016

Info mengenai 'Ronald McDonald House Charities Malaysia'


Setiap kali berkunjung ke restoran McDonald's, anda pasti akan terlihat tabung yang tertera tulisan 'Ronald McDonald House Charities Malaysia' (RMHC Malaysia) - Rumah Amal dan Kebajikan Ronald McDonald.

Ya, tabung yang ada gambar tangan sedang berpimpin itu....





Apa itu 'Ronald McDonald House Charities Malaysia' ?

Sepertimana namanya, RMHC Malaysia satu badan yang ditubuhkan bukan untuk meraih keuntungan tetapi memberi fokus kepada kanak-kanak di Malaysia. Tiga fokus yang ditekankan merangkumi Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, seramai 20,000 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik telah mendapat manfaat daripada program-program amal yang dijalankan sepanjang 25 tahun dan RMHC Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM11 juta!


Sempena ulangtahun ke 25 RMHC, sebuah rumah banglo hasil sumbangan RMHC Malaysia telah ditambahbaik supaya lebih menyerikan. Banglo yang terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras ini menempatkan pesakit kanak-kanak bersama keluarga mereka untuk dijadikan tempat penginapan sementara menjalani rawatan di HUKM. Satu lagi rumah kebajikan sama juga terdapat di Lembah Klang.

Ronald McDonald House (RMH) di PPUKM diperkenalkan pada tahun 1999 dan merupakan rumah pertama di Asia dengan dilengkapi 19 buah bilik. Sehingga kini, seramai 600 keluarga mendapat manfaat daripada RMH ini.

Sejak tahun 1999, RMHC Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM4.5 juta menerusi program kebajikan di RMH.








Selain RMH, 'Ronald McDonald Sensory Room' dan 'Ronald McDonald Gift of Smile' juga menjadi program amal yang terkandung khusus untuk kesihatan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sementara 'Ronald McDonald Scholarship Programme' pula memberi fokus kepada soal pendidikan kanak-kanak ini. Kesemua itu akan dikupaskan satu persatu dalam penulisan akan datang.

Terbukti di sini bahawa McDonald's Malaysia cukup serius dalam menjalankan kegiatan amal mereka. Manakala orang ramai yang menderma di tabung amal ini sedikit sebanyak dapat bersama-sama McDonald's Malaysia ke arah usaha membantu meringankan beban kanak-kanak yang tidak bernasib baik di luar sana.

Kecil bagi kita, besar buat mereka.

2 comments:

  1. Food mc donalds ok tk?berkhasiat ke?

    ReplyDelete
  2. Anon 1243,

    Restoran McDonald's Malaysia memiliki sijil halal yang sah. Ini sudah jelas untuk menjawab soalan anda.

    Baca selanjutnya disini, http://suaralensa.blogspot.my/2016/01/ketahui-bahan-mentah-di-restoran.html

    ReplyDelete