AdSense

Friday, February 19, 2016

Mencari kekuatan untuk parti


Kata pepatah Melayu, 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'.

Apa yang paling penting sekarang ialah bagaimana mahu memastikan perpaduan dalam parti dimantapkan bagi jangka masa panjang.

Dalam isu Menteri Besar Kedah misalnya, kelihatan insan yang baharu dilantik ini mula memikul amanah dengan tenang.

Lebih meyakinkan apabila majoriti rakyat terutamanya pemimpin dalam parti memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bahagi.



Perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bukanlah satu isu besar bagi MCA kerana parti komponen itu yakin Ahmad Bashah mampu menerajui Kedah dengan baik.

Ahmad Bashah juga mendapat sokongan dan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Ahmad Bashah mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri itu selain mengetahui asam garam politik tanah air.


"Ahmad Bashah antara pemimpin yang "popular" dalam kalangan rakyat Kedah, jadi rakyat akan terus memberi sokongan kepada beliau. MCA akan terus berganding bahu dengan Ahmad Bashah, bantu beliau mentadbir Kedah," katanya kepada Bernama.

Pujian harus diberikan kepada MCA kerana sentiasa memberikan fokus kepada parti tanpa mengira soal individu yang dipilih memegang jawatan. Jika sebelum ini kepimpinan Mukhriz Mahathir mendapat sokongan daripada MCA, maka usaha yang sama diberikan kepada Ahmad Bashah.

Ahmad Bashah merupakan calon yang sesuai untuk menjadi MB di Kedah. Bagi mereka yang tidak tahu politik Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan ADUN selama lima penggal, Exco kerajaan negeri dan sebagai timbalan menteri sejak 2013. Ini menunjukkan beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran kerajaan.

No comments:

Post a Comment