AdSense

Tuesday, February 16, 2016

Remaja daftar nama sertai #PLKN secara SUKARELA meningkat!


Semalam Suara Lensa ada menyiarkan artikel berkaitan pembentukan remaja yang berjiwa kental menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Selain beberapa pengkhususan yang ditransformasikan, PLKN2.0 juga menawarkan peluang kerjaya dan latihan kepada para pelatihnya di beberapa sektor dalam industri berat.

Antaranya, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Negara dan Institut Automotif Malaysia.

Baca selanjutnya di sini

Segala yang diusahakan oleh kerajaan menerusi program ini kelihatan mendapat tempat dikalangan masyarakat terutamanya golongan Gen Y.

Penyertaan para peserta yang mendaftar secara sukarela untuk mengikuti Program tersebut menjadikan kenyataan di atas sebagai bukan 'cakap-cakap kosong'.


Sekalipun belum menerima angka tepat, Pengerusi Majlis Program Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harrun Narrashid bagaimanapun memberitahu bahawa berlaku peningkatan peserta yang mendaftar secara sukarela.

Beliau juga berpendapat bahawa PLKN2.0 yang bakal diadakan Mac ini sebagai bertepatan dengan modul baharu yang diperkenalkan.


No comments:

Post a Comment