Dalam laman YouTube, ada sebuah klip video yang memaparkan perbandingan antara pemandu teksi dengan Uber.
Aku yang melihat video tersebut bersama beberapa rakan lain merasakan bahawa ada benarnya adegan lakonan semula itu dengan situasi hari ini.
Aku sendiri yang agak lama tidak menggunakan perkhidmatan teksi mencuba sendiri bagi mengukuhkan lagi 'dakwaan' yang terdapat di dalam video komersial tersebut.
Seharian, aku berjaya menggunakan 3 buah teksi di sekitar ibukota, bersiar-siar dan berhenti dibeberapa tempat antaranya Bangsar, Wangsa Maju dan Bukit Bintang.
Jelas sekali apa yang terkandung di dalam video sebelum ini benar-benar terjadi pada aku.
Oleh yang demikian, aku berasa yakin bahawa inilah faktor-faktor utama kenapa industri teksi dalam negara sering kali dipandang serong masyarakat.
Namun dalam masa sama aku juga yakin bahawa tidak semua pemandu teksi terutamanya di Kuala Lumpur ini berperangai teruk seperti 3 orang pemandu teksi yang memberi layanan buruk kepada aku tempoh hari.
Seorang pemandu teksi bernama Zullifan Che Din misalnya, merupakan antara contoh pemandu teksi yang mengambil sikap 'berfikir di luar kotak'.
Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai krew syarikat penerbangan MAS kini menjadikan teksi sebagai kerjayanya.
Baru seminggu bergelar seorang pemandu teksi, beliau sudah dikenali ramai dan menjadi popular termasuk di laman sosial.
Anaknya antara tulang belakang yang mengiringi kejayaan Zullifan setelah kisah sebenar bapanya itu didedahkan.
Selain mendapat layanan baik bagai menaiki sebuah pesawat, Zullifan juga memperkenalkan pakej istimewa buat penumpangnya. Antaranya menawarkan kupon dan 'tagline' - Elmi Handsome.
Elmi itu sebenarnya adalah anak kepada Zullifan yang memuatnaik status di laman sosial bertujuan mempromosikan perkhidmatan teksi yang ditawarkan.
Aku secara peribadinya berasa cukup bangga pada anak beranak ini kerana berjaya membawa imej baik kepada industri teksi terutamanya buat pemandu-pemandu teksi yang memberi layanan baik di luar sana.
Syabas dan terus maju jaya!
No comments:
Post a Comment