Masyarakat dewasa ini gemar sungguh memainkan isu kitar semula atau isu-isu lapuk. Isu kitar semula itu satu perkara, penyebaran fakta yang kurang tepat itu satu perkara.
Apa yang penulis perkatakan ini adalah berkaitan kualiti makanan yang dihidangkan oleh restoran makanan segera terkenal, McDonald's.
Pada abad ini, seseorang itu akan menjadi pakar mahupun agamawan secara semulajadi di laman sosial. Menyebar dan mengkritik tanpa meneliti sesuatu isu itu terlebih dahulu. Situasi ini sebenarnya normal bagi manusia yang hidup dalam zaman IT - terlebih emosional tanpa kawalan.
Pembaca mungkin masih ingat bagaimana sekeping gambar yang terlalu grafik membabitkan individu yang sedang cedera parah serta berlumuran darah disebarkan? Kononnya berlaku di Malaysia.
Namun yang sebenarnya ia dirakamkan di luar negara! Maaf, bukan sekeping tetapi banyak lagi gambar / berita sedemikian disebarkan yang kononnya berlaku di Malaysia walhal ia dicedok daripada berita luar negara. Mudah, segalanya di hujung jari - google saja....
Begitu juga dengan apa yang menimpa McDonald's yang berdepan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. Rangkaian restoran francais ini sebaliknya mengharunginya dengan tenang.
Selain status halal dan 'Israel', tahap kualiti makanan turut menjadi tajuk dalam usaha menjayakan agenda memboikot McDonald's. Jangan pandang ringan kepada usaha gerakan memboikot ini kerana mereka cukup mahir merangka strategi.
Sekalipun demikian, kegiatan tersebut berjaya ditepis satu per satu bersandarkan kepada fakta tepat. Sama juga dengan isu berkaitan tahap kualiti hidangan McDonald's yang dikatakan 'tidak selamat' digunakan.
Ia disahkan sendiri sebagai selamat oleh 'Department of Health and Human Service' menerusi pekeliling dalam 'Title 21 - Food and Drugs, Chapter 1 - Food and Drug Administration'.
Persoalan yang dibangkitkan berkaitan penggunaan sejenis bahan dikenali 'Ammonia Hidroksida' sebenarnya tidak timbul di Malaysia.
Pembekal bahan mentah. KLIK untuk baca selanjutnya. |
Ini kerana, restoran yang memiliki status halal seperti McDonald's Malaysia sememangnya mementingkan aspek kesegaran bahan mentah mereka. Sebab itu mereka memiliki pasukan syariah sendiri bagi memantau serta memastikan kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan benar-benar bermutu.
Jadi, sebagai masyarakat yang hidup dalam zaman kecanggihan teknologi maklumat ini, elakkan diri daripada terjebak dengan emosional tanpa kawalan. Selidik dahulu sesuatu berita yang disampaikan dengan teliti sekaligus dapat mengelakkan daripada terkeliru dengan penyebaran-penyebaran berita yang kurang tepat faktanya.
Admin, berapa mac donalds bayar you untuk keluarkan artikel ni?buat research lebih sikit boleh tak?.tkasih.
ReplyDeleteAnon 1208,
ReplyDeleteYa, kami sudah buat research dan inilah fakta sebenar dan tepat. Pembekal bahan mentah McDonald's Malaysia adalah McFood. Mohon Anon 1208 rujuk pada pautan di atas. T.Kasih.