Seminggu dua ini, negara hangat membincangkan tentang kemasukan pekerja asing seramai 1.5 juta. Pelbagai pihak dilihat memberi respon, ada yang bersetuju dan begitu juga sebaliknya.
Persoalannya, jika kerajaan tidak mengambil pekerja asing yang memiliki sifat fizikal 'kuat' ini, siapa pula yang akan mengisi kekosongan terutamanya di dalam industri berat? Sudahlah berat, kotor, bahaya dan rumit pula tu...
Adakah penulis-penulis komen di laman sosial atau pemimpin NGO, aktivis politik mahupun anak kepada mana-mana ahli politik itu sendiri sedia mengisi kekosongan tersebut?
Sudahlah mengkritik secara semborono, dituduh pula agensi-agensi kerajaan sebagai tidak memainkan peranan terhadap pembelaan masyarakat - kelahiran anak-anak 'kuat'.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) misalnya, turut terkena tempias dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. Biasalah, pengkritik pada kebiasaannya akan mencari segenap penjuru untuk mengkritik mana-mana badan membabitkan kerajaan pemerintah tanpa merujuk pada fakta sebenar.
Kononnya #PLKN hanya tampak gagah bersama uniform celoreng namun gagal melahirkan remaja 'badang' yang mampu membina negara.
Sebelum ini, Suara Lensa ada menyiarkan artikel berkaitan pemantapan PLKN, di sini,
dan berkaitan modul di dalam PLKN2.0 di sini.
Selain beberapa pengkhususan yang ditransformasikan, program tersebut juga menawarkan peluang kerjaya dan latihan kepada para pelatihnya di beberapa sektor dalam industri berat.
Antaranya, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Negara dan Institut Automotif Malaysia!
Hanya satu sesi ambilan peserta sahaja untuk tahun ini sekaligus membuka peluang kepada para pelatih untuk mengikuti program PLKN fasa dua - pengajian kemahiran.
Tambah Noor Ehsanuddin, tempoh latihan untuk fasa dua itu bergantung kepada jurusan yang diambil antara tiga hingga 24 bulan seterusnya berupaya membentuk generasi yang lebih holistik,
berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik selepas meninggalkan program itu kelak.
Pembaca, apabila kita bergerak ke hadapan tanpa menuding jari kepada orang lain dan muhasabah diri, Insya Allah, kehidupan dapat dinikmati dengan tenang. Mengkritik itu mudah dan seronok namun biarlah diiringi dengan pemikiran yang matang serta celik.
#TerimaFaktaTolakFitnah
No comments:
Post a Comment