AdSense

Tuesday, February 9, 2016

Kepintaran dan kecergasan 'monyet' diharap bawa tuah untuk negara - Wee Ka Siong


Kepintaran dan kecergasan monyet pada sambutan Tahun Baru Cina kali ini diharapkan dapat membawa sinar terhadap pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sifat monyet yang pintar dan cergas itu juga berupaya membawa ekonomi negara menjadi bertambah baik.

Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA itu turut melahirkan keyakinan bahawa kesukaran dan cabaran ekonomi ketika ini dapat diharungi sambil didorong oleh keajaiban monyet bersandarkan kepada kepercayaan kaum Tiong Hua.

Sedia maklum, bagi kepercayaan masyarakat Cina, perayaan Tahun Baru Cina kali ini jatuh pada Tahun Monyet dilihat dapat membawa tuah, kebahagiaan dan masa depan yang lebih baik secara lincah atau progresif.

Dalam masa sama, masyarakat perlulah kekal berada dalam komuniti bersatu padu dalam usaha mencapai impian dan seterusnya meraih kejayaan tersebut.



Menyebut tentang semangat bersatu padu, satu himpunan yang julung kali anjuran MCA dalam satu majlis besar meraikan Sambutan Tahun Baru Cina diadakan dengan jayanya semalam.

Apa yang menarik, ia menghimpunkan semua pemimpin-pemimpin masyarakat Cina termasuk dikalangan ahli politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan dan individu dalam satu majlis bersama.

Semangat bersatu padu tanpa mengira latarbelakang ini memberi mesej jelas bahawa kekuatan sesuatu negara bergantung kepada ikatan silaturahim yang dijalin kukuh.

Sementara masyarakat Melayu pula cukup sinonim dengan perumpamaan, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Pastinya masyarakat-masyarakat lain seperti India, Orang Asli dan sebagainya juga ada perumpamaan serupa yang berhubung kait dengan semangat bersatu padu.

Namun, semangat bersatu padu ini bukan melitupi sesuatu masyarakat atau kaum semata-mata. Ia sewajarnya diresap kedalam jiwa seluruh warganegara sekaligus impian membina negara berjaya dapat direalisasikan.

No comments:

Post a Comment