AdSense

Monday, February 8, 2016

Perutusan #CNY Presiden MCA : Bersatu padu, lakar kejayaan dan perangi kumpulan radikal


Perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Monyet ini diharapkan dapat membawa tuah, kebahagiaan dan masa depan yang lebih baik dengan lincah - Sifat fizikal monyet yang lincah atau progresif.

Oleh yang demikian, masyarakat perlulah kekal berada dalam komuniti bersatu padu dalam usaha mencapai impian dan seterusnya meraih kejayaan tersebut.



Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina mengatakan bahawa usaha memacu kesejahteraan rakyat Malaysia adalah cita-cita dan perjuangannya yang digerakkan secara bersama dengan kerajaan Malaysia selaku kerajaan pemerintah.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, agenda bergerak ke depan ini turut digiatkan dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang membawa manfaat kepada rakyat khususnya melalui agensi-agensi dibawah kementeriannya.

Sama seperti MCA, parti komponen itu sentiasa bekerja keras bagi memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia sejajar dengan kemajuan ekonomi.

Menurut Liow, penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah membuka peluang besar buat Malaysia dalam dunia perniagaan dan mensasarkan perkembangan ekonomi yang lebih mapan.



Inilah yang dikatakan sebagai usaha mentransformasikan ekonomi tempatan supaya dapat berkembang dengan lebih maju diperingkat global.

Disamping berganding bahu membangunkan negara, Liow turut mengingatkan masyarakat tentang isu-isu keselamatan, terutamanya dalam usaha menangani keganasan radikal atau ekstremis seperti militan ISIS.

Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong itu menegaskan, gerakan sedemikian perlu dielakkan dan diperangi secara total bagi memastikan negara dan dunia kekal berada dalam suasana aman harmoni.

No comments:

Post a Comment