Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyentuh tentang pengangkutan awam dalam negara.
Ini sekaligus memberikan mesej yang jelas bahawa pengangkutan awam sememangnya menjadi fokus utama kerajaan yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam pada itu menyambut baik komitmen kerajaan dalam meneruskan projek-projek seperti LRT3, MRT dan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR).
Projek LRT3 misalnya, berupaya membawa manfaat kepada rakyat dari aspek pulangan jangka masa panjang.
Dalam masa sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana juga berkata, ketiga-tiga projek mega itu disifatkan penting dalam menjayakan aspirasi kerajaan bagi meningkatkan produktiviti rakyat dan hasil negara.
No comments:
Post a Comment