AdSense

Friday, January 29, 2016

Kejayaan myBas sukar disangkal


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) antara pihak yang sering menjadi sasaran pembangkang yang tidak pernah senang dengan kejayaan-kejayaannya.


Sambil mengenepikan serangan bertubi-tubi tersebut, SPAD terus mengorak langkah mencipta kejayaan dalam usahanya menambahbaik pengangkutan awam darat di Malaysia.

MyBas dalam program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti misalnya, telah berjaya menerima respon positif dikalangan orang ramai.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak tahu atau lupa, myBas ini bermula di Perlis pada 1 Ogos tahun lepas. Terciptanya kejayaan apabila bukti menunjukkan peningkatan angka penumpang daripada 9,252 orang kepada 20,423 orang setiap bulan di Kangar. Satu peningkatan yang cukup tinggi!


Kelihatan di sini, perkhidmatan dan operasi bas di negeri itu juga berjaya dipertingkat dan ditambahbaik serta menarik minat orang ramai.

Bersandarkan kepada kejayaan itu, myBas kemudiannya diperkenalkan pula di Seremban, Negeri Sembilan yang bermula pada 15 November 2015.

Baharu fasa pertama bermula, sudah kelihatan angka positif apabila seramai 27,257 orang penumpang direkodkan bagi setiap minggu berbanding 20,761 sebelum ini. 

Oleh yang demikian, tiada lagi ruang yang membolehkan mana-mana pihak menafikan kejayaan yang diusahakan oleh SPAD. Ternyata gerak kerja SPAD ini benar-benar mahu menambahbaik sistem pengangkutan awam dalam negara sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment