International Monetary Fund (IMF) menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan, iaitu daripada 3.6 peratus kepada 3.4 peratus bagi tahun 2016.
Manakala, perdagangan dunia juga dijangka menyusut, daripada 4.1 peratus kepada 3.4 peratus. Ini adalah kerana kebanyakan ekonomi negara seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Brazil dan China juga dijangka berkembang dengan lebih perlahan.
Menyedari hakikat ini, demi menggalas amanah sebagai Ketua Kerajaan yang bertanggungjawab, bersama Timbalan Perdana Menteri, dan barisan jemaah menteri, pada hari ini, kita mengambil tindakan proaktif untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan langkah-langkah pengubahsuaian terhadap Bajet 2016.
Sesungguhnya, inisiatif ini adalah amat penting untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, dan yang lebih utama, melindungi kebajikan rakyat. Saya pasti, bersama-sama, kita akan berjaya mengharungi sekali lagi cabaran ekonomi ini.
We have done it before,… Insya-Allah,… we can do it again.
Demikian antara ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 semalam.
Sebelum ini kecoh seketika apabila dikatakan ada beberapa pemotongan bantuan yang disalurkan kepada rakyat. Sekaligus mengundang rasa gelisah dikalangan rakyat.
Namun, Najib dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 telah mengumumkan satu berita yang baik serta memberangsangkan ekonomi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika diminta mengulas mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 menyifatkan ia sebagai satu perutusan yang baik.
Katanya, sekalipun negara berdepan dengan kelembapan ekonomi di peringkat global, namun agenda kerajaan dalam membangunkan negara dan membela rakyat tetap diteruskan.
Dalam kesukaran ini pun kerajaan kekal komited membantu meringankan beban rakyat dengan menawarkan pelbagai peruntukan dan kemudahan.
Segala kekusutan sebelum ini termasuklah isu-isu berkaitan pekerja asing kini menemui jalan penyelesaian.
Selain itu, Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA turut menyambut baik keputusan kerajaan berhubung pengecualian visa bagi tempoh 15 hari kepada pelancong dari negara China.
Jelasnya, keputusan ini sekaligus dapat menarik minat pelancong dikalangan negara kuasa besar ekonomi dunia itu untuk melancong ke Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pelancongan negara.
Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 - KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment