AdSense

Friday, January 29, 2016

Info ringkas yang perlu anda tahu tentang McCafe'


Suatu ketika dahulu, pengguna hanya dihidangkan dengan minuman sejuk di McDonald's. Selepas McCafe' diperkenalkan, ia mendapat maklum balas daripada pengguna.

Bila sebut saja maklum balas awam, maka pastilah ada yang sokong dan sebaliknya. Pada hemat penulis, mereka yang suka mengkritik McCafe' adalah disebabkan kurangnya kefahaman tentang hidangan tersebut.


Untuk makluman, McCafe' di McDonald's ini sudah diperkenalkan sejak tahun 1993 di Melbourne, Australia.



Konsep itu kemudiannya diperkenalkan di Malaysia sekitar bulan Jun tahun 2012. Rangkaian McDonald's Malaysia yang pertama memiliki McCafe' adalah di Kota Damansara. Ia kemudiannya disusuli Bandar Utama, Subang Jaya, Titiwangsa dan Taman Connaught. Kini, menu McCafe' bukan lagi menjadi asing dikalangan pengunjung restoran McDonald's dan penggemar kopi.


Buat mereka yang tidak pernah mencuba hidangan minuman panas atau 'ngopi' (minum kopi) di McDonald's, artikel ini mungkin mengubah pendirian anda.

Sebelum ini ada dikalangan pengguna yang menyifatkan McCafe' saling tidak tumpah seperti sebuah rangkaian minuman atau 'kedai kopi' terkenal dunia. Tak perlulah penulis memperincikan nama restoran yang menjadikan warna hijau sebagai warna korporat mereka itu.

Di sini, sukalah penulis mengatakan bahawa setiap hidangan yang ada dimana-mana restoran memiliki rahsia resipi masing-masing.


Begitu juga dengan restoran McDonald's apabila hidangan McCafe' mereka menawarkan kopi berkualiti tinggi buat penggemar minuman panas atau pencinta kopi khususnya.

Tahap kualiti tinggi bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan di McCafe' sememangnya diakui ramai pengguna yang benar-benar pencinta kopi. Ia sesuatu yang tidak lagi dapat disangkal oleh sesiapa.

Menyebut tentang bahan-bahan, apatah lagi ia akan masuk ke dalam perut, pastinya dititikberatkan.

Jika di barat, cara-cara pemprosesannya adalah berbeza. Lazimnya mereka mengikut budaya, citarasa atau 'ikut tekak' penduduknya.


Di Malaysia, apa saja perkara berkaitan penyediaan makanan / minuman sudah tentu dipantau oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Mereka yang menjalankan perniagaan sedemikian sudah pasti maklum mengenai perkara ini. Bukan JAKIM sahaja, pihak yang lain seperti Kementerian Kesihatan juga memainkan peranan mereka berhubung perkara-perkara melibatkan kepentingan orang ramai.

Di sini, penulis lampirkan keratan pengesahan status halal yang telah dikeluarkan. Semoga artikel ini dapat membuka selera anda untuk terus menjadikan McDonald's sebagai restoran pilihan seisi keluarga.



Selamat datang ke McDonald's


No comments:

Post a Comment