AdSense

Tuesday, January 19, 2016

KM Sabah kongsi detik gembira peneroka #Felda


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkongsi kegembiraan bersama peneroka-peneroka Felda Umas, Tawau yang telah menerima geran tanah dalam satu majlis yang berlangsung dengan jayanya.

Dalam status ringkas di akaun Facebook miliknya, Musa Aman berkata, ia merupakan saat paling berharga buat peneroka selepas apa yang diperjuangkan bersama kerajaan pusat dan Felda kini telah melakar detik manis.


"Inilah yang kita perjuangkan bersama kerajaan pusat dan Felda. 

"Rezeki peneroka. Syukur Alhamdulillah," katanya.

*Suara Lensa tumpang gembira.

No comments:

Post a Comment