AdSense

Wednesday, January 20, 2016

Intergriti 2016 : @MOTMalaysia kenalpasti 6 langkah awal



Kementerian Pengangkutan (MOT) mengenalpasti enam langkah awal bagi memupuk dan mempertingkatkan budaya intergriti dikalangan warga kementeriannya seterusnya dapat memantapkan keberkesanan sistem penyampaian yang disediakan untuk rakyat.

Berikut merupakan 6 langkah awal yang dikenalpasti MOT :


1. Meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

2. Penempatan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensinya.

3. Pertimbangan untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang padat dengan pengguna.

4. Pertimbangan untuk menggunakan lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer bagi memudahkan urusan permohonan. 

5. Penubuhan Gabungan Pencegahan Rasuah Rantaian Bekalan Logistik (Anti Corruption Logistic Supply Chain Coalition).

6. Sesi dialog antara MOT, Jabatan dan Agensi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengenal pasti punca perkara berhubung tadbir urus dan rasuah.

Menterinya Dato' Sri Liow Tiong Lai menyifatkan intergriti sebagai elemen paling penting dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kemajuan dan mempertingkatkan daya saing.

Oleh yang demikian, usaha dan gerakan memantapkan nilai-nilai murni, etika dan intergriti di semua peringkat kementerian MOT bersama Jabatan serta agensi dibawahnya akan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

Sebelum ini, satu sesi dialog telah diadakan bersama Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal integriti dan tadbir urus serta Dato’ Seri Mustafar Haji Ali, Timbalan Pesuruhjaya SPRM berhubung isu-isu integriti dan tadbir urus yang baik.

"Saya berharap pengisian program ini dan menerusi kerjasama MOT bersama SPRM akan membentuk dan mengukuhkan semangat budaya patriotism, nilai-nilai murni, etos dan integriti warga MOT, selari dengan Teras Strategik Pelan Transformasi MOT.

"Dalam hubungan ini, bagi membuktikan kesungguhan Kementerian Pengangkutan dalam hal ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Tahun 2016 diisytiharkan sebagai tahun integriti bagi Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensi dibawahnya. Ini merupakan komitmen Kementerian dan Jabatan serta Agensi bagi membudayakan integriti sepanjang masa."

Demikian kata Tiong Lai dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bersandarkan kepada inisiatif itu, ia diharap dapat mewujudkan tadbir urus yang baik lagi telus dan seterusnya menyumbang kepada landskap pentadbiran negara yang kompetitif supaya dapat menembusi bukan sahaja pasaran ASEAN bahkan juga antarabangsa!

No comments:

Post a Comment