Perayaan Tahun Baru Cina menjelang tiba...
Pastinya orang ramai akan mengunakan masa cuti umum ini sebaik mungkin dengan pulang ke kampung halaman ataupun melancong ke destinasi pilihan dalam negara bersama orang tersayang.
Pengangkutan awam terutama sekali bas dijangka menerima permintaan tinggi dikalangan pengguna pada cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan.
Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudahpun mengambil langkah secara proaktif bertujuan memberi keselesaan kepada rakyat.
Ia dapat dizahirkan dengan pengeluaran Lesen Bas Sementara (LBS) bagi menampung permintaan tinggi dikalangan pengguna.
Sedia maklum, sebelum ini seringkali berlakunya beberapa permasalahan melibatkan pengangkutan awam darat apabila bermulanya musim cuti.
Antaranya ialah seperti kekurangan bas sehingga menyebabkan ada dikalangan rakyat yang tidak dapat pulang ke kampung halaman / bercuti.
Kesesakan penguna yang mengundang rasa tidak selesa dan juga permasalahan melibatkan penipuan tiket yang dijalankan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Justeru itu, dengan adanya sokongan bas tambahan ini diharap dapat mengelakkan permasalahan-permasalahan tersebut daripada berlaku dan menghantui para pengguna.
*Hari ini lebih baik daripada semalam.
No comments:
Post a Comment